| Saat Dikau Pergi |

Kau masih tersenyum
Mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa..
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan…
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita.
Dipangkuan suami mu Ismail…
Menunggu saat ketikanya
Diangkat roh bertemu yang ESA.
Tangan dicelup dibejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada keluarga dan sanak saudara
Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergian mu
Sukarnya untuk anak-anak menerima
Bahkan payah untuk suamimu mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya.
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhana lah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya
Wahai ibuku kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu….





l Batas Masa l



setiba kita di batas masa..
nobat nafiri tiada bernada.
sehelai daun kering berayunan layu.
menanti saat dibawa bayu..
langit mendung hujan pun gerimis
sayup terdengar sendu dan tangis.
bertitian bisikan kalimah nan suci 
berdoa mudahkan perjalanan
terakhir ini....
berat mata memandang
berat lagi tanggungan bebanan perasaan.
kendati pun sejarah
dosa pahala pasti kan dikira...
bagai terasa keresahan dijiwa mu
bagai terdengar suara meruntun kalbu.
tiada walau sesaga dibawa pergi.
tak berharga puja dan puji.
kala jantung mu bagai laut bergelombang
lemah cengkaman jejarimu di genggaman
betapa sukar untuk kami menerima
tiba detik pasti terpisah di batas masa...


sungguh jauh dikau pergi.
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra dan gurau senda.
ingin kami turut bersama apa daya
kami tak berdaya.
sudahlah memang nasib kami demikian rupa.
kami berdoa agar dikau aman disana
jangan bimbang pada kami yang berduka.

'tapi kalian jangan lupa..
kenang ma dalam setiap doa kalian'
itu yang dikau pinta dari dulu
sewaktu bersama... 





l Dia Takkan Ada Untuk Kalian Lagi l

assalamualaikum...

aku malas nak berbudi bicara..malas nak bermadah bagai...cukup simple entry kali ini...sekadar mahu memohon maaf diatas segala salah silap...antara nampak dan tak...antara sedar atau tidak...aku harap semua akan faham kenapa dan mengapa aku larikan diri...yang mana tak tahu tu harap xperlulah tanya kenapa dan mengapa...cukup aku sorang yang tahu...tak semua masalah aku,aku perlu dedahkan...ada yang patut aku tutup...

buat semua...aku banyak dosa dengan kalian..aku harap jangan la cari aku lagi...teruskan hidup kalian...anggap blog ni tak pernah kalian jejak...anggap blog ni tak pernah wujud akan kehadirannya...anggap blog ni telah di delete....terima kasih yang mana sudi berkawan...terima kasih banyak-banyak...tapi maaf...mungkin saat ini aku tak dapat menerima keikhlasan korang....aku tetap takkan berganjak dengan keputusan aku..terima kasih ya....

aku mendoakan sesiapa yang pernah jengah blog ni,sentiasa dalam keadaan yang sihat dan selamat...aku mohon maaf beribu dan berjuta kemaafkan...jaga diri baek-baek..kesihatan semua jaga ya...aku hanya mampu ucapkan selamatlah dunia akhirat hidup kalian...entry ni bukan la entry terakhir..cuma,ini entry terakhir buat kalian yang pernah berkawan dengan aku...salam sayang untuk semua...

l Awak...Dia Bahagia Ada Awak l

Awak..
Dia tersenyum bahagia..
Kehadiran awak buatkan dia gembira...
Kematangan awak buatkan dia rasa suka...
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka...

Awak..
Awak cukup istimewa...
Dalam diam awak,awak sorokkan rasa kasih pada dia...
Awak muncul hanya sekali sekala...
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda...
Tapi bila tenang,awak raih perhatian dan ajak bermanja...

Awak..
Dia sudah cukup sengsara..
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima...
Senyuman dia sudah lama palsu semata...
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura...
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri sendiri di alam nyata...
Dengan awak , dia bebas biarkan minda bersenggama...


Awak..
Kehadiran awak membawa pelbagai erti..
Dia cuma mampu lega hati...
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati..
Bukan juga atas rasa dendam dengki...
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati...

Awak..
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa..
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata....
Dia pernah  tidur bertemankan sekeping nota...
Dia pernah lepaskan awak demi insan yang awak jaga....
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia...

Awak..
Bila awak datang kembali,dia hanya mahu gembira...
Dalam redha , dia sebenarnya sudah banyak menderita...
Dia hadam erti sengsara...
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa..
Hanya kerana dia mahu awak sedar wujudnya dia berlandaskan cinta...
Bukan nafsu jahat menggila...

Awak..
Pernahkah awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia tatkala dia mengangis luka?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?


Awak...
Ada orang kata dia bodoh...
Dia terima dengan senyuman paling hodoh..
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh...

Awak..
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri...
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati...
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi...
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju MATI...
Hanya awak yang dia mahukan kini...

Awak..
Kehadiran awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa...
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita....
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula..
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka...
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita...
Dia hanya mahukan awak wujud dalam kehidupan dia...
Mendengar penuh setia...
Memerhati dengan tekun guna mata...
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa...

Awak...
Awak jadikan hidup dia bermakna...
Walaupun dalam dia menderita...
Tapi dia tetap akan setia...
Sebab dia mahu hargai cinta...

notatangan : mungkin orang lihat aku senang...dari segi harta dan kehidupan...apa kalian tahu bahawa aku punya hati dan akal bagaikan mau pecah bukan kepalang lagi dengan segala masalah yang melanda... :) hanya mampu tersenyum...biarkan kalian terus tertipu dengan senyuman ini... :)

| Dugaan Oh Dugaan |

17.12.2011

berita paling mengejutkan aku telah kedengaran...ya Allah...apa dosa aku hingga Kau turunkan fitnah sedemikian rupa kat aku ya Allah...apa aku jahat sangat ka di mata mereka semua ya Allah...aku masih ada akal fikiran...masih taw mana baek dan mana buruk..masih boleh berfikiran dengan baek mana Allah yang Maha Mengetahui dan mana perkara yang syirik dan khurafat..

sejahil-jahil aku...takkan sesekali aku sekutukan Allah s.w.t tp kenapa aku dapat fitnah seteruk ni...remuk hati aku dapat mesej seperti itu...hancur luluh...ya Allah..kuatkanlah iman aku ya Allah...Kau sejukkanlah hati aku ya Allah...redakanlah kemarahan yang ada dalam hati aku agar aku tidak membuat tindakan yang bodoh....aku masih ada keluarga yang aku harus jaga maruah mereka..aku masih ada kehidupan yang harus aku teruskan....kuatkanlah semangat aku ya Allah

satu persatu dugaan yang telah Engkau berikan...Tuhan beratnya dosa-dosa ku masihkah ada ampunan buatku.. Tuhan dalam menempuh hidup ni banyaknya dugaan datang menguji..ada yang dapat aku gagahi dan ada yang gagal aku hindari...dosaku menggunung tinggi tapi taubatku xku tepati...rahmatMu melangit luas tapi terlalu sedikit aku bersyukur...kini ku kembali padaMu mengharap maghfirah dariMu..moga kan terampunlah dosa-dosaku...


kalian-kalian..terima kasih menfitnah saya sedemikian rupa...assalamualaikum

I Awak..Kasihanilah Dia... I

Awak.
Kalau awak sudah tidak suka dia, awak boleh pulang.
Biarkan dia pergi dan menghilang.
Supaya awak akan lebih senang.
Untuk berkelakuan jalang.


Awak.
Penipuan awak bukan lagi satu rahsia.
Sudah terang lagi bersuluh, tapi awak masih buat drama.
Awak masih teruskan lagi pelbagai cerita.
Sudahlah awak, tidak pernah mahu berhenti buat dosa?

Awak.
Masih terus mahu berpura?
Bila dia tanya, awak kata awak masih cinta.
Bila dia cuba selidik, awak kata semuanya biasa.
Bila dia sangsi, awak melenting kata dia sudah tidak percaya.
Tapi bagaimana dia mahu yakinkan diri bila segala kebenaran di hadapan mata?


Awak.
Hebat sungguh lakonan atas dunia.
Bila dia menjauh atas urusan kerja, awak berdendang sayang suka ria.
Setiap orang yang datang, awak bawa jalan merata.
Setiap orang yang mendekati, awak tabur duit belanja.
Setiap orang yang berbaik, awak habiskan masa bergembira.
Tapi dengan dia?


Awak.
Dia mahu pertahankan cinta.
Dia kulum rasa sakit demi mencari bahagia.
Dia hadam rasa perit demi mencari gembira.
Dia telan rasa mahu menjerit demi mencari erti setia.
Tapi awak, dia juga sudah penat mahu terus hadapi segala.


Awak.
Curang itu serupa tipu.
Bukan tiada orang yang nasihat dia jangan lagi menunggu.
Dia diamkan sahaja, tanggung hati pilu.
Dia terima segala kata-kata walaupun terselit rasa malu.
Dengan harapan awak akan sedar dan terpaku.
Bahawa perbuatan awak selama ini membunuh dia dalam sepi bisu.
Tapi, adakah awak akan tahu?

Awak,
Bila dia telefon,awak kata suasana belakang hiruk pikuk.
Bila dia hantar pesanan,awak kata awak sibuk.
Bila dia datang jumpa,awak kata dia menyibuk.
Sudahnya dia duduk terpuruk.
Menahan rasa yang menjeruk.
Hati yang sakit sendiri pujuk.

Awak,
Susahkah mahu buka mata,
Bila awak mengadu sesak wang,dia hulurkan duit belanja,
Bila awak mengadu perut kelaparan,dia datang bawa menjamu selera.
Bila awak mengadu masalah,dia sudi menjadi pendengar setia.
Tapi awak masih lagi butakan jiwa.

Awak,
Kalau awak masih ada rasa cinta,silalah berubah.
Dia pastinya boleh terima walaupun payah.
Dia boleh pujuk hati untuk tabah.
Dia boleh hadapi segala susah.
Walaupun hatinya sudah bah.

Awak,
Satu demi satu mula terbongkar,
Tapi dia masih boleh tahan sabar.
Tidak perlu dia susah payah menyelongkar.
Segalanya sudah jelas terhampar.
Bukan bagai mencari jarum di dalam belukar.
Dan dia mula rasakan jiwa semakin hambar.
Kehadiran awak sudah patut ditukar.

Awak,
Awak masih sibuk lagi menipu sini sana.
Dia sudah tahu perbuatan awak serupa celaka.
Tapi dia mahu diamkan sahaja.
Mahu lihat sejauh mana awak mahu terus menduga.
Mahu melihat sejauh mana awak boleh tahan buat dosa.
Mahu melihat sejauh mana awak mampu teruskan sikap tercela.

Awak,
Tunggu nanti sampai satu masa.
Kalau awak tersungkur dulu dia hanya mahu tersenyum sahaja.
Kalau awak masih mengelinjang,dia sendiri akan pergi dengan gembira.
Sebab dia tahu,awak bukan sesiapa.
Bukan sesiapa lagi sejak awak khianati cinta.
Dia cuma tunggu waktu yang sesuai untuk mulakan segala.

Awak,
Masih mahu terus curang?
Dia tidak akan naik berang.
Dia hanya mahu menghilang.
Dan tidak akan lagi mahu mengenang.

| Awak...Thanks Curi Hati Saya |

Assalamualaikum...

Tidak pernah terfikir perasaan INI akan hadir lagi dalam diri,
Pernah dulu ku cuba MEMBENCI,
Namun semakin rasa ini MENGHANTUI,

Tidak pernah terfikir diri ini akan BANGKIT dari kegagalan,
Setiap detik aku menanti satu sinar KEBAHAGIAAN,
Lalu kau hulurkan satu SINAR yang amat dinantikan,

Pahit , tangisan , kepiluan , sentiasa menemani dalam HATI,
Serasa ingin aku luahkan kesakitan yang melanda dalam diri,
Andai kau mengerti perasaan INI :')

KASIH,
Andai semalam dapat aku hentikan setiap detik yang lalu,
Akan aku jadikan itulah memori yang TERINDAH sepanjang hidup,
Keperitan dan persoalan yang bermain di hati,
Telah terjawab dengan satu kesenangan dan ketenangan dalam diri,

RINDU,
Itu adalah satu ketulusan yang lahir dalam sanubari,
Tiada sekelumit rasa di hati itu adalah yang PALSU,
Malah untuk melukakan perasaan ITU,
Tidak sama sekali terlintas di benak hati,

CINTA,
Itu tidak kejam,
Manusia yang jadikan cinta itu rosak kesuciannya,
Jangan dihukum cinta yang lalu pada cinta di masa hadapan,

SAYANG,
Mudah untuk diluahkan,
Namun sukar untuk dibuktikan dengan penuh keikhlasan,
Hati yang tulus dalam mencintai,
Akan MENGHARGAI setiap rasa di lubuk hati,

Selamat datang wahai SAYANG,CINTA dan RINDU,
Selamat datang ke DALAM HATI,
Semoga ia tercapai seperti apa yang DIHAJATI,



jangan biarkan mata aku menangis lagi.... :')

notatangan : setiap bait yang tertulis ada makna tersendiri..hanya insan yang punyai hati akan benar-benar mengerti :)

| Terasa Ada Rindu |

Assalamualaikum...

hurm..now at malaysia...come back for something yang tak dijangka terjadi..ya Allah aku harap semua akan berjalan dengan lancar sekali...maafkan aku..ibarat aku mengabaikan tanggungjawab aku kepada yang telah Kau amanahkan.. :'(

bila sebut pasal amanah...tiba-tiba rindu seseorg..kenapa ya..cukuplah wahai hati...mungkin sebab suda genap sebulan beberapa hari lalu...jadi semakin rasa kehilangan...tapi aku redha...setiap pertemuan tetap ada perpisahan..baek secara terusan atau hanya seketika di dunia..cuma mengharapkam dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..amin ya Allah...

bukan niat aku xnak lupakan dia..bukan niat aku mendera hati aku..dan bukan aku tak cuba untuk lupakan..masalahnyaaaaaaaa aku xboleh..faham?haha bukan xde usaha ok?ckit demi ckit aku cuba...kadang-kadang rasa macam aku da berjaya taw...rasa YES! akhirnya boleh juga..tapi bila tiba masa rindu tu..nauzubillah...semua benda yang aku buat tak menjadi...macam mana ni.. :'(

klik gambar untuk baca lebih lanjut. :))

dah-dah...stop!now aku dengar kat cni kecoh pasal OMBAK RINDU...haha novel dia aku da khatamkan lama da..tapi agak lupa jalan cerita dia...mmg sedih ya amat cerita dia..baca novel pon aku da melalak...inikan tgk movie..huish...mmg meleleh la alamatnya...haha...aku tak tgk lagi..masih ada perkara penting yang harus aku uruskan..movie bila-bila boleh kan?? :)

ok la xde apa yang special hari ni...cuma melepaskan apa yang terbuku dihati ja.. :)) hapy-hapy fren fren... :))

Awak....Janganlah Terlampau Mengikut Kata Hati

Awak...saya tengok awak dah macam mayat hidup...beza awak dengan cerita arahan Mamat Khalid yang penuh dengan satira nasional itu adalah awak mungkin masih penuh dengan lukisan diwajah...Mungkinla...

Awak...awak kata awak dah bole lupakan dia...tapi kenapa setiap hari awak tulis macam-macam pasal dia...Betapa awak mengharap si dia kembali ke sisi awak...Hingga membuatkan saya tertanya-tanya...Adakah cinta membuatkan manusia hilang rasa malu juga?

Status & segala penulisan awak tentang si dia membuatkan ramai yang melemparkan kata-kata kononnya awak sudah bagai melukut di tepi gantang...Saya hanya diam...Awak yang mulakan...Awak terpaksa terima...

Status 1 :
Tadi main telefon...ternampak nombor dia...rasa macam nak telefon...

Status 2 :
Hantar SMS tapi dia tak balas...dia sibuk agaknya...

Status 3 :
Penat tunggu dia balas...dah berapa jam ni...?rasa geram...

Status 4 :
Yeah ! dia balas...walaupun satu huruf sahaja "K"..

Status 5 : 
Nak peluk hadiah yang dia bagi sebelum berpisah...rasa macam nak nangis je...

Antara status awak...saya hanya mampu membaca & berdoa agar cepat pulih...

Status Bekas Kekasih Awak :
Hari ni nak keluar dengan ( nama kekasih baru ) 

Status Awak :
Rindu dia sangat-sangat...

Sekejap lagi telefon saya berbunyi...menandakan awak telefon...awak dihujung talian dengan suara yang jujur sedang menahan sebak...

Nia : kenapa kau?
Dia : takde pape...

Nia : cukuplah
Dia : eh...dia cintakan aku lagi...

Nia : dia dah ada kekasih baru tu...
Dia : dia milik aku selamanya..
Nia : buka mata kau...jangan bermimpi lagi...
Dia : tak...dia memang milik aku...
Nia : kau je yang rasa macam tu...kisah kau dan dia dah lama berakhir...
Dia : tak..kami masih pasangan kekasih...
Nia : cukuplah kau cederakan hati kau sendiri...
Dia : kau tak faham ! dia milik aku..aku masih milik dia...
Nia : kau nak tunggu sampai bila? sampai dia kahwin ?
Dia : Sampai dia datang balik pada aku...
Nia : hurm...

Adakah kau fikir aku boleh lindungi kau tiap kali kau ada masalah?

Dia datang balik...
Awak gembira..macam nak pecah sistem kepala dengan jeritan & laungan kegembiraan awak...saya memandang dari tepi...apakah itu yang awak mahukan? dia kembali dalam masa yang sama dia ada yang lain?

Dia : Kan aku dah kata dia akan datang balik pada aku...
Nia : lepas kau merayu gila-gila...
Dia : tak kisahlah,dia dah jadi milik aku semula..
Nia : dia ada kekasih baru..
Dia : Aku tak kisah..asalkan dia jawab call aku..balas SMS aku...dan cakap I LOVE U..
Nia : benda tu semua aku boleh buat...
Dia : ( ketawa ) lainlah...
Nia : ikut suka kau lah...
Dia : kau akan doakan aku?
Nia : sentiasa
Dia : percayalah aku akan bahagia..
Nia : moga-moga

Dia : nia,dia lambat balas SMS aku...kenapa agaknya?
Nia : nak dengar pendapat negatif atau positif?
Dia : biar aku jawab sendiri..sibuk kot...
Nia : ya ke?
Dia : dah lama tak SMS , dia xboleh biasakan diri kot...
Nia : Terpulanglah...


Awak...dengar apa yang saya cakap?saya cuma nak awak bahagia...
sebab awak kawan saya...
itu sahaja...


notatangan : cinta itu memeritkan...ops kawan sy perempuan ya.. :)

Awak...Kadangkala Mahu Meluahkan Rasa..

Awak....
Dia sudah penat bersedih...
Dia sudah penat melayan hati lirih...
Dia sudah penat melawan rasa pedih....

Awak...
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak tenaga...
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak masa....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak air mata....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak usaha....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak segalanya...

Awak...
Dalam diam dia memendam rasa...
Dalam diam dia memerhati sambil menghuraikan tanda tanya...
Dalam diam dia memikirkan apakah salah silap menyulam rasa...
Dalam diam dia menghapuskan rasa sakit dengan ketawa...
Dalam diam dia mencipta khayalan dan teruskan berpura-pura...
Dalam diam dia menolak segala benda buruk yang terlintas dalam kepala...


Awak...
Adakah awak tahu sukar dia mahu terima semua?
Adakah awak tahu yang dia berhempas pulas untuk berfikiran terbuka?
Adakah awak tahu yang dia lakukan segalanya untuk biarkan hubungan tidak celaka?
Adakah awak tahu senyuman dia sudah tiada rasa?
Adakah awak tahu yang dia pertahankan awak depan keluarga?
Adakah awak tahu yang dia menolak permintaan orang untuk dijodohkan dengan entah siapa?
Adakah awak tahu yang dia sanggup buat apa sahaja?
Demi melihat awak tersenyum bahagia?

Awak...
Kenapa mahu mendiamkan diri?
Kenapa mahu menghilangkan diri?
Kenapa mahu membisukan diri?
Kenapa mahu diam sahaja dan memerhati?

Awak...
Adakah awak sedang menguji?
Adakah awak sedang melihat sejauh mana dia boleh pergi?
Adakah awak sedang berseronok tengok dia mencari?
Adakah awak sedang tersenyum hingga nampak gigi?
Adakah awak sedang ketawa sambil melihat dia berusaha separuh mati?
Hanya untuk pastikan kemana awak lari?


Awak...
Kalau dia tiada di sisi , adakah awak teringatkan dia?
Kalau awak punya masalah , adakah awak mahu kehadiran dia?
Kalau awak perlukan sesuatu , adakah awak akan meminta bantuan dia?
Kalau awak perlukan seseorang untuk kongsi bocara , adakah awak akan menghubungi dia?

Awak...
Dia benci untuk jadi manusia tipikal...
Dia benci untuk jadi manusia sinikal...
Dia benci untuk jadi manusia kritikal...

Awak...
Dia enggan mengawal keadaan...
Dia mahu segalanya berjalan ikut perancangan...
Dia hendak segalanya menuju impian...
Dia tidak mahu mengongkong dalam percintaan...
Dia sedar masih panjang lagi perjalanan...
Untuk awak dan dia bersama sebagai pasangan...

Awak...
Dia mahu awak bahagia...
Dia mahu awak gembira...
Dia mahu awak ceria...
Dia mahu awak tersenyum mesra...
Dia mahu awak tiada gundah gulana...
Dia mahu awak rasa suka bila bersama dia...


Awak...
Walaupun dia tidak sentiasa luahkan dia suka,dia sebenarnya cinta...
Walaupun dia tidak sentiasa bermanja,dia sebenarnya gembira...
Walaupun dia tidak sentiasa bersama,dia sebenarnya perlukan awak juga...
Walaupun dia tidak sentiasa mengada,dia sebenarnya mahi dimesra...
Walaupun dia tidak sentiasa ketawa,dia sebenarnya sangat bahagia...
Walaupun dia tidak sentiasa faham segala,dia sebenarnya masih mahu belajar semua...

Awak...
Walaupun awak jauh,dia tetap awak punya...
Walaupun awak bukan depan mata,dia tetap ingat setiap masa...
Walaupun awak menjauhkan diri,dia tetap menunggu awak muncul depan mata..
Walaupun awak tidak berada disisi,dia tetap dapat rasakan cinta...
Walaupun awak hilang begitu sahaja,dia masih penunggu setia...
Walaupun awak tidak selalu luahkan rasa,dia duduk diam dan tunggu awak berkata...
Walaupun awak kutuk dia caci dia,dia tetap ukir senyum dan ketawa...

Awak...
Sebab apa?
Sebab awak dinia dia...
Sebab awak dunia dia yang kedua....




| alhamdulillah... |

Assalamualaikum
tarikh 20.11.2011 1030am
jujur aku buat entri ni dalam perasaan yang sedih dan sebak semua aku rasa..biarlah..biarlah ini kali terakhir aku buat entri pasal ni dengan keadaan yang sedih dan sebak macam ini...after this NO MORE entri bout this..insyaAllah...

siyesly entri kali ni aku tujukan kepada someone yang aku pernah sayang dan masih sayang hingga ke hari ini...yang dulu tempat aku mengadu bagai...tempat aku bermanja..cuma dia..tapi itu semua dulu...la ni aku kena teruskan dan pendam itu semua dalam hati..simpan ketat-ketat dalam memori..tak mungkin aku buang dan lupakan terus..oh tidak! memori itu aku simpan sebagai pemanis dan pahit rencah kehidupan aku...

untuk awak...firstly saya mohon maaf atas silap saya .. ya saya akui saya yang mulakan..tapi...hurm...tak perlulah nak di ungkitkan..hanya kita jea yang tahu...apa sebenarnya situasi yang kita alami sebenarnya kan?? hehehe...nak kata saya tak terkilan tu tipu sangatlah kan...tapi apa yang harus saya lakukan adalah PASRAH...

dan lagi...ucapan terima kasih dekat awak..jujur saya akui awak memang seorang kekasih yang pandai ambil hati , pandai buat orang sayangkan awak...terima kasih sudi layan kerenah saya yang teruk ni selama 6 bulan kenal saya sebagai kekasih awak.. (xtaw la awak anggap kekasih atau tidak) berkawan lebih indah... itu lah kebenaran,...

ingat tak awak merajuk dengan saya?? tiap kali ada masalah...awaklah yang paling kuat merajuk..haha rasa l;ucu...patutnya saya kan yang merajuk tu sebab itu semua sifat perempuan...tapi hubungan kita terbalik..tak pela... :)) awak ingat tak saya pernah cakap saya takut kalau awak marah...ya memang betul saya takut sangat-sangat kalau awak marah..sebab bagi saya awak garang.. :(( time tu saya rasa awak jahat sangat..kejam sangat terhadap saya sebab marah saya,...benda kecil pon awak nak marah teruk-teruk...

awak..lepas ni saya takkan bebel dekat awak dah...lagi-lagi pasal kehidupan awak...pasal kesihatan awak...pasal dengan siapa awak berkawan...saya takkan bebel dah taw...awak da bebas sepenuhnya... :)) wee syok kan??hahaha...macam awak cakap saya takde hak apa-apa ke atas kehidupan awak...ok awak saya akan tunaikan... :))


haa..lama saya tak tunjuk gambar conteng muka kan dekat awak...awak pun dah jijik tengok itu semua kan??ingat lagi awak cakap kalau ada jodoh...kalau takde duet untuk makan..awak suroh saya makan make-up..kan awak kan??haha masa tu saya gelak jea baca semua mesej-mesej awak tu taw...tak patut kot suroh saya makan make up.. :))

awak...sempena entri yang last ni...saya nak bagitahu kat awak , masa kita bersama dulu...tak pernah sekelumit hati pun perasaan saya beralih arah dekat lelaki laen...awak tahu kan macam mana saya sayangkan awak sangat-sangat...cuma mistake itu ... kepercayaan tu yang kurang dalam hubungan kita...InsyaAllah bole diperbaiki di masa hadapan...mungkin dengan future wife/husband kita nanti kan?? :))

saya nak awak tahu lagi...saya bahagia dengan awak dulu...masa saya kehilangan awak,saya sunyi sangat-sangat...luaran mungkin saya nampak happy dengan kawan-kawan...tapi dalam saya terseksa awak...malam-malam dah takde mesej dari awak...gurau senda manja dalam fon sebelum tidor semua hilang sekelip mata..sekarang cuma air mata jelah yang dapat saya zahirkan apa yang saya rasa sekarang... :))

sekarang saya cuba sedaya upaya untuk biasakan diri dengan semua situasi ini...insyaAllah awak doakan saya kuat hadapi takdir kehidupan ya...even kadang-kadang terfikir juga..eh..macam tak caya jea awak dah jadi EX saya..hehehe...dalam sekelip mata jea kan awak....

awak...nanti sampaikan salam saya dekat adik-adik awak.kirim salam dekat ____ ya awak...cakap kat dia..terima kasih sebab baik selama ni walau saya tahu saya gagal bahagiakan abang dia ni...hihihi... :))
awak..awak tahu tak awak ni pendengar yang setia..saya depan orang saya diam jea...tapi bila texting dengan awak...macam-macam saya celoteh...even hal remeh temeh pun saya nak cerita kan??awak pun layan jea saya masa tu...terima kasih awak... :))

ingat tak dulu...saya cakap macam tak percaya jea kita couple..hehe mana taknya...dulu hanya kawan calling sampai habis kredit..awak cerita masalah awak...boleh share semua benda tapi tiba-tiba couple...haha ingat lagi tak masa kita berkawan??awak cakap wajib semua nombor saya active...haha...tapi itulah moment yang manis dalam hidup saya selama kenal awak...

panjang kan entri kali ini...apakan daya yang lebih-lebih biarlah saya pendam simpan jauh-jauh dan semat dalam hati saya...tak boleh dah lepas ni saya nak luahkan lagi...bila tamat baca entri ni takkan ada lagi kisah awak dalam blog saya ni... :'))

awak...doakan saya dapat jumpa orang yang betul-betul menghargai saya ya...sentiasa ada masa untuk saya...yang mampu jadikan saya keutamaan dalam hidup dia selepas keluarga dia...saya doakan awak bahagia...awak jaga peganti saya tu baek-baek ! saya tahu dialah yang terbaek untuk awak..sayangi dia lebih dari awak sayangkan saya suatu ketika dahulu...tu pun kalau sayang...hehe...dari jauh saya doakan kebahagiaan awak...

dah-dah,,kesat air mata tu..saya tahu korang nangis kan baca entri saya ni??hahahaha :D

b..jaga diri tau..ayg tak mungkin lupakan b,sebab b pernah jadi SAHABAT , TEMAN , MUSUH dan juga kekasih ayg...i lebiu...ops!!! oke2...no more after this...! promise....! ini yang terakhir...! hehe

notatangan: mencintai seseorang itu tak semestinya memiliki... :))

| Buat Official Future Husband |

Assalamualaikum...
haa waa tajuk kasi gempak kan???biala apa yang akan terjadi hanya rahsia saya dan c dia.. :)) 
awak-awak..sebelum jadi suami saya atau teman hidup saya...saya nak awak faham apa yang
bakal saya perkatakan ini..apa yang bakal saya tulis ni hanya untuk Official Future Husband 
saya ja taw...orang laen x dapat apa yang saya nak tuliskan dibawah ni nanti..saya harap awak persiapkan
diri awak selengkap-lengkapnya dengan apa yang saya nak ni..bukan minta banyak pun..sedikit sahaja..
hanya minta awak bersedia dan kalau awak rasa diri awak belum mampu menyediakan apa yang saya 
nak ni...saya rasa batalkan secepat mungkin hajat awak untuk menjadikan saya teman hidup awak ya.. :))
mesti orang akan cakap saya kejam kan?bukan kejam...cuma saya nak yang terbaek dalam hubungan kita...
saya nakkan kebahagiaan yang kekal abadi...sebab tu saya nak awak persiapkan diri awak sebelum menjadi hak saya...saya tak nak bila da bersama...saya menyesal dan menangis kerana awak..xmo taw.. :))
awak baca eh??

"berbicara saja tentang erti setia..sedangkan kejujuran
dihati tak pernah ada....
apakah warnanya wajah dicermin itu..putihkan jawapan mu walau 
ia kelabu..
teguhkah bahtera dikala ombak melanda...??sedang di air
yang tenang arah kian menghilang...
"akan ku serah segalanya padamu" itu kalimah
yang sering menjeratku...
waktu yang berlari tidak mungkin 
kembali..alam jadi saksi ikrar suci tak dihormati..
ke penghujung langit merah akan ku lontarkan jeritan ku bersama
kepercayaan ku terhadapmu...
dan kiranya kau masih belum lagi mahu cuba mengerti 
tak mungkin kesetiaan menjadi milikmu..
bukan selamanya suria itu kan bersinar.pabila masanya mendungkan
menjelma jua...
hentikan bicaramu tentang erti setia.. :)) "


awak-awak...saya nak macam ni...saya nak awak milik saya sorang ja..bole kan?? :P



yg macam ni namo taw awak..nanti saya sedih... :'((

kenapa saya letakkan syarat?awak mesti nak taw kan?saya gtaw eh...dulu saya kena macam ni...awak baca ya?? :))

Dahulu kukenal dia,jejaka idaman Malaya 
Semut pun tak mati dipijak lemah lembut bicara 
Semakin ku buka hati semakin buka mata 
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya 
Kini ku tak mahu di tipu dengan si pencabul kalbu 
Mula-mula kubenar-benar nak bercinta dengan iya-iya 
Tapi lama-lama belangnya keluar rupa-rupanya jahatnya suka-suka 
Ditawan dengan kasanova sumandak digoda kasanova
Dahulunya aku permaisuri bertakhta dalam hati 
Sebaliknya dia penjajah banyak lagi yang lain 
Sia-sia aku setia akhirnya harapan hancur 
Cukup sampai sini saja percayakan romeo

awak bole faham kan bait-bait kata tu?? saya harap awak bole tunaikan dan faham erti setia...nak jadi teman hidup saya kan kan kan??hehe....terima kasih awak...

notatangan : who??biakan menjadi rahsia hidup saya ya....? :P


" GoOd DuDeS dEsErVeS gOoD bAbEs "


Ni kisah aku dan si dia
Aku yang menunggu dan si dia yang entah di mana
Kisah aku yang sanggup jadi hati konkrit semata-mata sebab dia
Dan kisah dia yang mungkin sedang mencari aku atau mungkin juga telah tiada

I’m just another typical human being with typical way of life having a typical sort of routines. Ala-ala lagu yang kita belajar masa tadika dulu…bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi pakai baju minum susu pergi kuliah baca buku...(best perform kalau u all humming sendiri). Hari ni holiday (bg aku laa). So rutin aku beza sikit dari hari-hari biasa. Nak-nak lagi kalau kena holiday yang bukan weekend. Kalau weekend tu ada gak aktiviti…ronda-ronda JB ke ape ke kan…Disebabkan bored.to.death.disease yang melanda, aku ingat nak keluar ambik fresh air even la JB ni kualiti udaranya boleh tahan broken. Dah siap2 sekadarnya dan yakin sang MYVI kesayangan aku berada pada tahap memuaskan aku pecut keluar dari taman perumahan tempat aku dilahirkan dan huni hampir 21 tahun lebih. Tiba2 aku teringat my twin nephew kat masai. Umi diorang merangkap sepupu sekali aku mesti ada kt rumah je pun. So, aku ambil keputusan utk menjenguk ke sana. Lagipun rindu amat dah kat makhluk cinonet dua orang tu. 

Pendekkan cerita………

Sampai taman perumahan masai
Park my sang MYVi
Ketuk pintu
Greetings…salam2…peluk2
Bergumpal dengan si kembar

“ngah…bila nak kawen?”

Warrrkkk!!! Soalan apakah itu? Si abang yang aku suap bubur dari tadi terjegil matanya sebab aku tersuap bubur kat hidung dia. Hehe, sorry abang…cikngah tak sengaja. Ternyata soalan tadi cemerlang membuatkan aku jatuh rahang dan hilang punca barang beberapa detik. Padahal soalan tu biasa je kan? Tapi entahla, bila orang tanya aku bab yang satu ni cepat je aku melatah. Mcm alergik! Senyum getah aku tampal kt bibir…”lambat lagi kut kak…alang2 kejar masa depan dulu” sesi menyuap si adik pula berlangsung. Cousin aku mengangguk tanda faham. Even I know that she know yang itu adalah jawapan cover semata2. 

“dah ada calon?”

Aiseh…apakata kita tangguh majlis mari.bincang.pasal.jodoh.aku dgn tasbih kafarah dan surah al-‘asr…Dengan hormatnya aku menggeleng…still smiling. Senyum getah tu dah kering kut…

“ni mesti kes angah jual mahal, ye tak…?”

Erkk? Habis nak kena jual murah ke?....aku bungkam….diam….a.k.a malas nak fikir. Atau buat2 tak mahu fikir? E’eh…semangatnya si adik makan. Padan lah bulat mcm yokies…hehe.

“akak dah anak 3…angah calon pun belum wujud.da elok-elok tunang,putus. Jangan memilih sangat, ngah…tak elok”
FYI, cousin aku ni sebaya dgn aku. Beza bulan jek. Tiba2 hati aku jadi bengkek semacam. Tipulah kalau aku cakap aku tak nak kawen. Sangatlah hipokrit kalau aku cakap aku tak pernah rasa nak bercinta. Teramatlah bohong kalau aku cakap aku tak cemburu langsung kat member2 yang dah selamat kawen siap beranak pinak. Dan terlalu kejamnya aku kalau aku menafikan hak hati dan perasaan yang selama ni mintak diisi….!

Like I mentioned before…I’m just another typical human being. Maksudnya aku pun ada perasaan mcm orang lain jugak. Nak jugak bercinta. Teringin jugak ada couple. Tapi aku takut ya amat! Takut aku tak mampu nak tanggung cinta yang belum sah milik aku. Takut aku kalah dengan nafsu. Takut aku terbuai dlm cinta manusia dan terabaikan cinta DIA yang mencipta aku. Takut aku lupa diri. Takut…takut ya amat!dan aku takut aku KECEWA untuk kesekian kalinya.. :'(

KENAPA???

Aku admit, aku tak memilih. Bukan aku sombong ke apa…aku tahu bila2 masa aku boleh diuji. Tapi nak cakap, susahnya nak menjaga hati. Bagi aku, the true meaning of love is when you can freely be yourself around him/her and he/she will kindly accept you just the way you are. The true meaning of love ialah bila kita kekal ingat tuhan dan tahu siapa cinta kita yg utama. The true meaning of love itu bila masing-masing sanggup mujahadah dan sabar walaupun setan attack gila2 (dah memang tu kerja dia). The true meaning of love pada aku ialah bila aku terusan menjaga diri dan setia menunggu dia… aci tak camtu?

So…aku merelakan diri untuk terus single dan hanya akan berCINTA dgn my future official hubby. Kat mana dia sekarang aku tak tahu. Yang aku pasti, aku harus menjaga diri aku untuk dia. Hanya dia. Dan selama-lamanya dia so that dia tak rugi apa-apa bila dapat aku. Aku tahu dia tengah cari aku jugak tu ::blushing:: hehe…cepatlah datang, orang dah tunggu lama ni (^^,)…tapi kalau takdir aku sendiri je sampai bila2, aku redha. Mungkin tu yang terbaik untuk aku. Coz I put all my trust in YOU my dear God…yes i sure do...

" GoOd DuDeS dEsErVeS gOoD bAbEs "
"walau dalam hati aku menyayangi seseorang yang tak mungkin aku miliki...kebahagiaan dia keutamaan aku"

Kenapa Manusia Mati?

saat aku pulang ke kediaman keluargaku 15 november 2011

"kak ngah...kenapa orang mati?" 

soalan itu lekas menghumban aku ke alam nyata selepas berejam melayan picisan cinta di tangan. ku renung empunya suara dgn kerut kening yg agak lain dari biasa. apahal la pulak budat tecit ni tanya pelik2? 

"errr...adik tanya apa? kak ngah tak dgar la..." sengaja aku bertanya lagi walaupun soalan adikku itu sememangnya sudah jelas ibarat gendang tarian singa di hari tahun baru cina. bukan apa...kot la adik aku ni silap soalan ke.... 

leka bermain rubik's cube si kecil bergigi rongak itu mengulang soalan..."kenapa orang mati?" adehh...budak ni tak distract langsung. kekal utuh teguh dgn soalan membunuh dia tu. lantas aku baringkan picisan cinta di atas meja. kurapati si adik yg baru mula menjejak kaki ke alam darjah satu . sambil konon2 membantu menyiapkan rubik's cube yg hampir hancusss digodeknya. 

errr...kenapa orang mati??? alemak...nak jawab mende nih??? 

lama aku bungkam. mencari2 jawapan yg paling sesuai dan mudah diberikan pada kanak-kanak sekecil ini. perihal kematian, bukan calang2 detail yg perlu kuceritakan. aku perlu mencari solusi padat, mudah dan mampu dicerna oleh otaknya. apalagi...dlm bungkam yg agak lama itu cuba kubongkar segala ilmu pendidikan yg aku timba sepanjang sekolah. teknik...prinsip...teori...objektif...


"kak ngahhhhh...kenapa orang mati?!!!" 


makaihh kus semangat! apalah punya adik tak reti sabar. sekejapla...ingat cari jawapan ni senang? lagi2 tanya pasal benda susah nk terang kt budak kecik mcm dia ni. tak padan ngn kecik soalan kemain. ehem2...termelatah dalam hati. terkejut dgn reaksi adik kecik aku ni. boleh2 dia baling rubik's cube tu ke tengah rumah konon bengang sebab soalan dia tak berjawab. padahal dia bengang tu pasal rubik's cube tak siap2. hehe...dah tak reti tu tak payahla nk korbankan rubik tu plak...sufi....sufi....

berbalik pada cerita asal. 

aku hadiahkan senyuman pada si adik yg tgah muka marah tapi comel sambil mengusap2 rambutnya yang tak berapa banyak tu. kelakar pulak aku tengok... 


"orang mati sebab Allah dah tentukan macam tu..." erk? itu ke jawapan aku??? 

"Jadi...Allah mmg nak kita mati la ye?" dgn muka tak berdosa si kecik memandang aku menuntut penjelasan. 

"Tak la...bukan macam tu. sufi kena ingat, semua makhluk pasti akan mati juga satu hari nanti. yang kekal cuma Allah satu-satunya. kan dulu kak ngah pernah bagitau?" 

kepalanya digaru-garu. aku yakin itu bukan gara-gara kutu bersarang di kepala. tapi sekadar aksi normal manusia bila berdepan sesuatu yang membingungkan. si kecil ini sedang mencari sesuatu dalam kotak ingatan agaknya.... 

"kenapa Allah bagi hidup kalau nanti nak kena mati jugak??" 

ahhh...sudah. soalan membunuh 1st degree. sufi...sufi...can we drop the subject?? tak payah tanya dah tahu jawapan. NO WAY! knowing adik kecik aku sorang ni...dia takkan berhenti bertanya selagi tak dapat jawapan konkrit pada fikiran dia. pernah dulu ma marah sebab dia main tanah liat bagai tak ingat alam. ma bukan marah saja2...dah adik tu degil ma suruh makan nak jugak gentel tanah liat dia. byk kali ma bagitau pegi basuh tangan dulu sblm makan sbb dh main tanah liat tu tgn kotor. dan byk kali jgklah adik aku ni tanya ma kenapa mesti basuh tangan sblm makan lepas main tanah liat dan kenapa ma bagi main tanah liat kalau tanah liat tu buat tangan kotor?? hahaha...double soalan dia pulang balik kat ma. last2 ma bengang habis selamat tanah liat dia masuk tong sampah...padan muka. 

"ermm...Allah bagi hidup supaya kita dapat buat ibadat dan kebaikan banyak2. nanti kat akhirat lepas kita mati Allah nak periksa. siapa yg buat baik Allah kasi la syurga. tempat yg paling cantik dan sangat best. kalau buat jahat tu Allah buh la dalam neraka yg panas berapi..." berhati2 aku menjawab supaya tidak timbul persoalan lain dari kotak mindanya. sesekali pandangannya dibuang ke luar jendela seperti sedang memikirkan sesuatu. teringinnya nak tahu dia fikir apa... 

matanya kembali merenung aku. hujung sofa dikuis2nya entah mencari apa..."kak ngah rasa sufi ni baik ke jahat?" kali ini pandangannya redup. aku terkial2 mencari jawab. bukan aku tidak ada jawapan, aku cuma keliru samada soalan itu perlukan jawapan atau tidak. aku betul2 confuse... "jadi kita hidup ni memang untuk Allah je lah kan kak ngah? sebab DIA yang matikan kita..." bibir mungil adikku sememangnya petah berbicara. tapi bicaranya kali ini benar2 buat aku kaget. tersandar dudukku di atas sofa. SUBHANALLAH...

"mesti Allah tu nak suruh kita buat baik je. kalau mati nanti orang baik dapat syurga lah kan kak ngah? siapa buat jahat tu Allah kasi neraka. sape suruh dorang buat jahat...kak ngah rasa mati nanti kak ngah dapat masuk syurga tak??" 

terkedu aku mendengar kata-kata si adik kecil. terasa satu tamparan menerjah pipi. tamparan untuk kesedaran yg agak lama kubiar mati. sedar tentang persoalan mati yg lama aku abaikan kerana sibuk mengejar hidup. ASTAGHFIRULLAH...ampunkan aku Tuhan...aku hidup hanya untukMU semata-mata. tapi sebanyak mana amalku mencorak kata-kata? kejarlah akhirat...nescaya dunia akn mengikutmu... 

aku pandang lagi adik comelku yg sudah kembali ke alam kanak2nya setelah sebentar tadi menjelajah alam ahli fikir yg aku sendiri pun jarang bertandang. rubik cube dikutip semula...lalu digodek2 lagi ikut suka...ada senyum mekar di bibir. puas hati dgn diskusi kami tadi agaknya...aku renung lagi Muhammad Sufi, budak nakal yg sgt cerewat lagi degil...ya, adik bongsu yg jadi wasilah ilmu pada aku hari ini. adik kecil yg tanpa sedar mengetuk pintu kesedaran dlm hati kakaknya yg sorang ini. sayangnya kat sufi...Tuhan je tahu... 

terima kasih ya Allah... 

dan aku juga sudah tahu...kenapa manusia mati???


| Bila Kakakku Menerjah Perasaan |

wahh ayat kat atas xley blar kan?
but itulah kebenaran...kakak aku telah korek rahsia hati aku...
huhu aku ada print kan untuk simpanan aku... :'(

status bbm aku semalam : #EMPTY mean #KOSONG
then berduyun2 bbm from  my sys...from my fren tya why??
haha...but aku hanya bole share yang akak aku ja... :P
yang laen nak taw gak ?? argh xbole... :P

pertama... :

oke ni reaksi dia yang pertama skali masa aku baru tuka status kepada #EMPTY...wah
rasa diperhatikan...kah3.. #prasan!

kedua.... :

hurm bermula laa linangan air mata aku saat ni... :'(

ketiga..... :

absolutely yes! i'm not oke !
miss taw!

keempat.....:

yeah...thats advice her to me...im try to take my time la akak... :)
before i leave i have to treat my feeling very well..wahh...hahaha

kelima..... :

benar kan???memang susa kalau kita terlebih sayangkan seseorg melebihi diri kita sendri...
salute la sama lu kakak...bg advice pya kencang....hahaha :D

keenam..... :

haha...propa ekh??adeh...

ketujuh..... : 

donnoe what to says bout it...ada sesuatu yang aku sembunyikan...

kelapan.... :

yeah ini kebenaran...!!!

akhir kata..aku mendoakan aku bole atasi masalah ini sebelum 18hb... amin~








| like song like my heart... |

Memang khilafku menyayangimu
Memang khilafku menyintaimu
Tapiku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung janji
Tidak ku harap sinaran ini
Cuma ku ingin setulus kaseh
Kesetiaan kekal selamanya

Oo..oh ------
Senyummu enggan pergi
Tawamu mengiringi
Wajahmu ku terbayang
Hadirmu dalam mimpi
Umpama bidadari
Potretmu kutatapi
Mengharap kau kembali

Memang kurindu saat bersamamu
Memang tak mampu melupakanmu
Tapiku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi

Selamat tinggal pada kenangan
Selamat tinggal pada igauan
Terima kaseh aku ucapkan
Untuk percintaan ini...