Awak...Kadangkala Mahu Meluahkan Rasa..

Awak....
Dia sudah penat bersedih...
Dia sudah penat melayan hati lirih...
Dia sudah penat melawan rasa pedih....

Awak...
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak tenaga...
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak masa....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak air mata....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak usaha....
Dalam bersama awak,dia gunakan banyak segalanya...

Awak...
Dalam diam dia memendam rasa...
Dalam diam dia memerhati sambil menghuraikan tanda tanya...
Dalam diam dia memikirkan apakah salah silap menyulam rasa...
Dalam diam dia menghapuskan rasa sakit dengan ketawa...
Dalam diam dia mencipta khayalan dan teruskan berpura-pura...
Dalam diam dia menolak segala benda buruk yang terlintas dalam kepala...


Awak...
Adakah awak tahu sukar dia mahu terima semua?
Adakah awak tahu yang dia berhempas pulas untuk berfikiran terbuka?
Adakah awak tahu yang dia lakukan segalanya untuk biarkan hubungan tidak celaka?
Adakah awak tahu senyuman dia sudah tiada rasa?
Adakah awak tahu yang dia pertahankan awak depan keluarga?
Adakah awak tahu yang dia menolak permintaan orang untuk dijodohkan dengan entah siapa?
Adakah awak tahu yang dia sanggup buat apa sahaja?
Demi melihat awak tersenyum bahagia?

Awak...
Kenapa mahu mendiamkan diri?
Kenapa mahu menghilangkan diri?
Kenapa mahu membisukan diri?
Kenapa mahu diam sahaja dan memerhati?

Awak...
Adakah awak sedang menguji?
Adakah awak sedang melihat sejauh mana dia boleh pergi?
Adakah awak sedang berseronok tengok dia mencari?
Adakah awak sedang tersenyum hingga nampak gigi?
Adakah awak sedang ketawa sambil melihat dia berusaha separuh mati?
Hanya untuk pastikan kemana awak lari?


Awak...
Kalau dia tiada di sisi , adakah awak teringatkan dia?
Kalau awak punya masalah , adakah awak mahu kehadiran dia?
Kalau awak perlukan sesuatu , adakah awak akan meminta bantuan dia?
Kalau awak perlukan seseorang untuk kongsi bocara , adakah awak akan menghubungi dia?

Awak...
Dia benci untuk jadi manusia tipikal...
Dia benci untuk jadi manusia sinikal...
Dia benci untuk jadi manusia kritikal...

Awak...
Dia enggan mengawal keadaan...
Dia mahu segalanya berjalan ikut perancangan...
Dia hendak segalanya menuju impian...
Dia tidak mahu mengongkong dalam percintaan...
Dia sedar masih panjang lagi perjalanan...
Untuk awak dan dia bersama sebagai pasangan...

Awak...
Dia mahu awak bahagia...
Dia mahu awak gembira...
Dia mahu awak ceria...
Dia mahu awak tersenyum mesra...
Dia mahu awak tiada gundah gulana...
Dia mahu awak rasa suka bila bersama dia...


Awak...
Walaupun dia tidak sentiasa luahkan dia suka,dia sebenarnya cinta...
Walaupun dia tidak sentiasa bermanja,dia sebenarnya gembira...
Walaupun dia tidak sentiasa bersama,dia sebenarnya perlukan awak juga...
Walaupun dia tidak sentiasa mengada,dia sebenarnya mahi dimesra...
Walaupun dia tidak sentiasa ketawa,dia sebenarnya sangat bahagia...
Walaupun dia tidak sentiasa faham segala,dia sebenarnya masih mahu belajar semua...

Awak...
Walaupun awak jauh,dia tetap awak punya...
Walaupun awak bukan depan mata,dia tetap ingat setiap masa...
Walaupun awak menjauhkan diri,dia tetap menunggu awak muncul depan mata..
Walaupun awak tidak berada disisi,dia tetap dapat rasakan cinta...
Walaupun awak hilang begitu sahaja,dia masih penunggu setia...
Walaupun awak tidak selalu luahkan rasa,dia duduk diam dan tunggu awak berkata...
Walaupun awak kutuk dia caci dia,dia tetap ukir senyum dan ketawa...

Awak...
Sebab apa?
Sebab awak dinia dia...
Sebab awak dunia dia yang kedua....




No comments:

Post a Comment