Baca Blog Aku Sebab Cemburu..........?

Sungguh aku ketawa riang.
Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali..? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini...?
Senyum nampak gigi.
Kau mula rasa sakit hati....?
Gigit bibir sampai nampak gusi.

Gadis, ah tidak, kau seorang wanita.
Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan....?
Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya.
Senyum sinis ( sambil ketawa - hahaha )

Apa yang kau takut sebenarnya...?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila...?
Sekejap, kau buat begitu kenapa ya....?
Aneh tahu....?
Ketawa...

Sumber : cik gugirl.. :D

Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya...?
Aku : ( Ketawa ) Aneh dengan soalan kau. Kenapa...?
Kawan : Aku tahu bukan senang cari pengganti.
Aku : Tiba-tiba aku rasa ayat tu macam siot...Kenapa ya...?
Kawan : ( Ketawa ) Jangan salah anggap. Maksud aku, kau buka diri kau pada cinta secara serius selepas cinta lalu yang gagal itu pun selepas 1tahun lebih. Pasti tak mudah lupakan bukan...?
Aku : Melupakan cinta sungguh bukan aku.
Kawan : Kenapa...?
Aku : Sebab kalau berusaha melupakan, bermaksud aku letakkan orang yang pernah aku cinta dalam kepala. Aku tak mahu, biarlah sahaja berlalu.
Kawan : Jadi kawan sahaja...?
Aku : Terpulang kepada keadaan.
Kawan : M...?
Aku : ( Ketawa ) kau ingat lagi nama dia.
Kawan : Ingat sebab itu kali pertama aku lihat kau serius dengan lelaki.
Aku : ( Ketawa ) Benda begini aku tidak mahu ingatkan kembali. Tersimpan dalam kalendar yang aku sudah lupuskan, kita tak selak kalendar ke belakang.
Kawan : (  Ketawa ) Betul kata kau. Ni, teman wanita aku baca blog kau.
Aku : Kenapa....?
Kawan : Dia tahu kita rapat, dia takut kalau kau suka pada aku.
Aku : ( Ketawa ) kau rasa aku suka kau....?
Kawan : Manalah aku tahu.
Aku : Ya, aku suka kau.
Kawan : Jangan main-main.....!
Aku : ( Ketawa ) kau kawan aku, mestilah aku suka kau. Ada orang kawan dengan manusia yang dia benci..?
Kawan : Betul juga kan...?
Aku : ( Ketawa ) Jangan sampai aku kata belajar bertingkat-tingkat bangangnya bertingkat-tingkat juga.
Kawan : Sumpah keji. Tapi teman wanita aku tetap risau.
Aku : Dia nak risau apanya....? Kau cakap sahaja pada dia aku ada teman lelaki baru, habis cerita.
Kawan : Makcik..
Aku : Apa kau panggil aku makcik...?
Kawan : Sebab kau cepat lupa. Kan aku kata dia baca blog kau, mestilah dia tahu kau belum ada teman lelaki baru.
Aku : Kau cakaplah pada dia yang aku ada teman lelaki baru, tapi aku sengaja tak tulis di blog.
Kawan : Boleh ke cakap macam tu..?
Aku : Boleh , cakap saja...
Kawan : Kenapa perempuan benda kecil sebegini pun nak rasa tak selamat..?
Aku : Itu sifat perempuan aku rasa. Sekali dia dapat sesuatu, dia akan jaga dengan sepenuh jiwa, tidak akan dilepaskan dengan mudah, lebih-lebih lagi ada perempuan lain.
Kawan : Jadi kau bukan perempuan.
Aku : Kenapa pula......?
Kawan : Sebab kau lepaskan hak kau pada orang lain tanpa rasa kecewa walaupun sebesar kuman.
Aku : ( Ketawa ) Kau tak tahu apa yang berlaku, maka kau tak berhak letakkan sebarang hukuman.
Kawan : ( Ketawa ) Kau masih berselindung tentang cerita sebenar kan...?
Aku : Tak perlu tahu benda peribadi sebegitu.


Ketawa.
Sekejap, kenapa aku tulis ini semua...?
Ya gadis, aku tahu kamu akan baca, Bukankah kamu sedang melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah.......?  Tolonglah dahagakan darah sahaja. bukan ****, boleh...?

Aku : Sekejap, teman wanita kau cuma baca blog aku...?
Kawan : FB, Formspring , semua pun dia baca.
Aku : ( Ketawa ) Sebenarnya dia bukan patut risau akan persahabatan kita berdua.
Kawan : Aku dah banyak kali beritahu dia.
Aku : Dia patut risaukan diri dia sendiri. Kenapa dalam banyak-banyak kawan kau, dia tembak aku...?
Kawan : Sebab dia kata kau popular.
Aku : ( Ketawa ) Sekejap, sambung berbual nanti, aku ada hal.

Ketawa.
Kalau kau baca formspring aku mdan jumpa #chamberofsecretaku - kau boleh teka aku dimana.
Eh ?
Hahaha
( Muka Merah )

Aku : Dah siap, sambung. Siapa kata aku popular...? Aku bukan popular pun.
Kawan : Dia kata begitu.
Aku : Sebenarnya aku yang risau ni.
Kawan : Risau kenapa...?
Aku : Sebab dia asyik baca semua benda tentang aku, aku takut dia jatuh cinta dengan aku pula.
Kawan : ( Ketawa ) Gila puaka  ayat..
Aku : ( Ketawa ) Dah dia setiap hari dah jadikan setiap benda pada diri aku sebagai benda wajib baca, bahaya tau...?
Kawan : ( Ketawa ) Gila kau..
Aku : Cakap kat dia, tak perlu risau. Aku kenal siapa diri aku, aku kenal kau.
Kawan : Nanti aku cakap lagi.
Aku : Bagus. Kirim salam dia dengan ucapan, janganlah sampai jatuh hati dengan aku.
Kawan : Gila.
Aku : ( Ketawa ) Dan lagi, beritahu jangan cemburu dengan aku.
Kawan : Baiklah.
Aku : Berbulu aku kalau perempuan cemburu dengan aku.
Kawan : Bukan semua orang berbulu ke...? ( Ketawa )
Aku : Oit......!

Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita, pakailah. Tapi aku tidak akan pakai sembarangan, begitu juga dengan kau kan...?

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yan g menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kebahagiaan atas deraian air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum..






Sendiri....Keluarga Atau Masyarakat....?


Terlampau mahu menjaga hati orang, aku kadangkala terlupa yang aku masih perlu menjaga hati sendiri. Takut orang lain terluka dengan tindakan aku, aku balut kesakitan, kemarahan sendiri dalam diam. Aku biarkan manusia teruskan dengan kisah mereka, ukir terus luka pada jiwa aku walaupun ternyata, aku semakin lama semakin dihambat kesakitan yang bukan sedikit. Menahan perasaan sendirian mungkin buatkan aku lebih tabah dari selalunya, tapi aku sendiri tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Doa sahaja aku boleh bertahan sehingga ke akhirnya.

Lantang sendirian.
Manusia yang beku. Perasaan aku mungkin hanya sesetengah daripada mereka yang mengenali dengan rapat atau memerhati dalam diam sahaja boleh baca. Keras sungguh mungkin hingga aku takut untuk biarkan ia terbuka dengan sendiri pada yang menghampiri. Takut dilukai dan melukai dengan tindakan manusia yang aku percayai mungkin. Tapi itu yang aku belajar dari dulu hingga kini. Biar aku tanggung sendiri asalkan manusia di sekeliling aku puas hati. Lakonan atas dunia dan senyuman itu lebih bermakna buat diri.

Itu sedikit sahaja tentang aku.
Dan kebelakangan ini, soalan-soalan yang singgah kepada aku banyak berkisar tentang kehendak diri, keluarga, masyarakat ataupun berkaitan dengan cinta mereka. Aku sekadar tersenyum. Setiap daripada kita ada hak dalam hidup sendiri. Mohon kau jangan lupa perkara itu, kerana kita yang menentukan sama ada kita mahu gunakan hak itu ataupun tidak. Terpulang pada diri masing-masing, bukannya ada orang yang akan tolong kita sentiasa ( dalam soal ini, pastinya Yang Maha Esa mendengar kita ) - dan kita adalah tuan punya diri, kita yang boleh tentukan kemahuan sendiri.

" saya belajar ikut kemahuan keluarga saya. Saya tak dapat pilih apa yang saya nak. Terpaksa belajar buatkan saya cuma belajar nak puaskan hati mereka, padahal impian saya sendiri saya tak dapat "

Tahukah kau dalam hidup ini, kadangkala kita kena lepaskan apa yang kita mahu atau suka demi menggembirakan hati orang lain? Tapi, kadangkala, dalam kita buat begitu, kita boleh manipulasi perkara tersebut dengan jadikan ia menggembirakan kita juga. Persoalannya, bolehkah? Ya, itu soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri. Dari masamnya limau, tidak mustahil untuk kita jadikan minuman yang manis bukan?

Rania : Hebatnya manusia yang tak mampu memaafkan manusia lain sedangkan Allah pun mampu mengampunkan hambaNya. Siapalah kita nak melawan Allah bukan ? Tapi terpulanglah. Kalau saya, saya akan memilih untuk memaafkan walaupun keadaan tidak akan kembali pulih seperti dahulu.

S.U.I.C.I.D.E

ya Allah...aku berdosa sangat-sangat..
cetek pemikiran aku tatkala ujian yang Kau limpahkan itu terlalu berat bagi aku..
nauzubillah..
apa yang cuba aku lakukan saat itu ya Allah..

T.E.R.T.E.K.A.N
yes...kebenaran aku tertekan dengan semua masalah yang tak pernah surut..
tak pernah habis..
aku tak boleh tipu diri aku sendiri aku terseksa..
selama mana ya Allah aku perlu menafikan kehendak hati??
selama mana ya Allah Kau mahu mendera aku..
ya Allah...peluklah hati aku ni ya Allah...
disaat aku mulai rasa gelisah..
dalam ujian yang memerlukan kesabaran ini ya Allah..
aku tahu cinta itu bukan melemahkan tetapi menguatkan..
dan cinta juga bukan menyedihkan tetapi menggembirakan.. :'(
ya Allah..berikan aku kekuatan..untuk mengubah kedukaan ini kepada kegembiraan..
dan izinkan aku melupakan apa yang pernah tercipta ini selama-lamanya.. :'(
aku tahu kesedihan tidak dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang.. :'(

ampunkan aku ya Allah :'(
ubat ni hampir membunuh aku.. :'( 
maafkan aku ya Allah.. :'(
aku tak mampu bertahan :'(

hurm.. :'( thx sahabat..

# mampu ke awk sy tunaikan?? :'(

# hurm..sembuh tetapi tidak macam biasa kawan,, :'(