Sendiri....Keluarga Atau Masyarakat....?


Terlampau mahu menjaga hati orang, aku kadangkala terlupa yang aku masih perlu menjaga hati sendiri. Takut orang lain terluka dengan tindakan aku, aku balut kesakitan, kemarahan sendiri dalam diam. Aku biarkan manusia teruskan dengan kisah mereka, ukir terus luka pada jiwa aku walaupun ternyata, aku semakin lama semakin dihambat kesakitan yang bukan sedikit. Menahan perasaan sendirian mungkin buatkan aku lebih tabah dari selalunya, tapi aku sendiri tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Doa sahaja aku boleh bertahan sehingga ke akhirnya.

Lantang sendirian.
Manusia yang beku. Perasaan aku mungkin hanya sesetengah daripada mereka yang mengenali dengan rapat atau memerhati dalam diam sahaja boleh baca. Keras sungguh mungkin hingga aku takut untuk biarkan ia terbuka dengan sendiri pada yang menghampiri. Takut dilukai dan melukai dengan tindakan manusia yang aku percayai mungkin. Tapi itu yang aku belajar dari dulu hingga kini. Biar aku tanggung sendiri asalkan manusia di sekeliling aku puas hati. Lakonan atas dunia dan senyuman itu lebih bermakna buat diri.

Itu sedikit sahaja tentang aku.
Dan kebelakangan ini, soalan-soalan yang singgah kepada aku banyak berkisar tentang kehendak diri, keluarga, masyarakat ataupun berkaitan dengan cinta mereka. Aku sekadar tersenyum. Setiap daripada kita ada hak dalam hidup sendiri. Mohon kau jangan lupa perkara itu, kerana kita yang menentukan sama ada kita mahu gunakan hak itu ataupun tidak. Terpulang pada diri masing-masing, bukannya ada orang yang akan tolong kita sentiasa ( dalam soal ini, pastinya Yang Maha Esa mendengar kita ) - dan kita adalah tuan punya diri, kita yang boleh tentukan kemahuan sendiri.

" saya belajar ikut kemahuan keluarga saya. Saya tak dapat pilih apa yang saya nak. Terpaksa belajar buatkan saya cuma belajar nak puaskan hati mereka, padahal impian saya sendiri saya tak dapat "

Tahukah kau dalam hidup ini, kadangkala kita kena lepaskan apa yang kita mahu atau suka demi menggembirakan hati orang lain? Tapi, kadangkala, dalam kita buat begitu, kita boleh manipulasi perkara tersebut dengan jadikan ia menggembirakan kita juga. Persoalannya, bolehkah? Ya, itu soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri. Dari masamnya limau, tidak mustahil untuk kita jadikan minuman yang manis bukan?

Rania : Hebatnya manusia yang tak mampu memaafkan manusia lain sedangkan Allah pun mampu mengampunkan hambaNya. Siapalah kita nak melawan Allah bukan ? Tapi terpulanglah. Kalau saya, saya akan memilih untuk memaafkan walaupun keadaan tidak akan kembali pulih seperti dahulu.

No comments:

Post a Comment