Saya merayu, mungin itu suatu kesilapan.Tapi itu yang ingin saya lafazkan.

Pernah merayu kerana cinta? Mungkin ada menjawab ya dan tidak.


YA

  • mungkin di sebabkan terlalu sayang dan tak sanggup berpisah erti kata lain tidak rela.
  • mungkin kebingungan kerne perpisahan berlaku tiba-tiba

TIDAK

  • mungkin anda hipokrit
  • mungkin jua anda merasa tidak perlu merayu pada yang tak sudi
  • mungkin jua, anda tiada keikhlasan dalam bercinta
  • mungkin jua, andai mengangap, ala, buat apa merayu, kalu nak dia akan cari. Apa-apa pon, jangan         jadi bodoh sebab cinta

Apa jua jawapan dan alasan anda, merayu itu sebenarnya sakit. Dalam tak sedar, air mata boleh mengalir,kerna menginginkan sesuatu agar ia kembali pada asal. YUP!! Saya pernah rasai..saya pernah merayu.. walau saya tau, andai saya merayu, pasti keadaan tak akan berubah. Apa yang di harap?? Cinta simpati.. jangan sesekali anda memiliki. Sebab ia kadang-kadang racun dalam diri, membina bahagia atas 
dasar berkorban dan rela di sakiti.

Ya allah, saya melakukan kesilapan. Tapi itulah yang saya ingin lafazkan.Saya rasa saya bodoh. Sebab saya menolak takdir saya pada hari itu. Saya mengharap sebuah kebahagiaan yang bakal saya ranapkan tanpa saya sedari. Perit sebuah perpisahan sampai kita hilang pertimbangan diri. Sampai rasa macam nak telan je ubat tido berdozen-dozen(astagfirullahazim, nasib iman ni masih ada).




Menangis lah! Itu yang saya mampu katakan.. seolah-olah anda rasa hebatnya airmata yang Allah kurniakan kepada wanita..sebab airmata lah kita membina kekuatan untuk rasa, ah merayu itu suatu kesilapan! Menangis lah! Sebab air mata itu lambang kelembutan hati wanita, yang mana Allah kurniakan bagai selembut apam pokadot,selembut puding, selembut kapas, malah lebih lembut lagi..






Andai merayu agar cinta yang di hujung nyawa itu boleh kembali bernyawa, merayu lah.. Mungkin si dia masih mengharap dan masih menyayangi anda.TAPI, jika merayu itu tidak dapat merubahkan segala-galanya, merayu lah pada DIA. Dia yang maha berkuasa di atas segalanya. Kun fa yakun! Keajaiban itu pasti ada.


Baca lah surah yusuf ayat 4, andai boleh hafaz, hafazlah. Agar bertambah rasa kasih sayang si dia pada kita. InsyaALLAH, segala kekuasaan, kasih sayang adalah hak miliknya, moga pinjaman yang kita dapat pada hari ini, kita gunakan sebaik mungkin.KEKASIH adalah pinjaman tuhan, bila dia mengambil nya balik, yakni, mengambil hati itu, maka hilang lah rasa cinta itu. Aku redha..




Buat pedoman hidup untuk saya dan semua..


Pinjaman ALLAH kepada Nabi Ayyub A.S dan di hilangkan. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”


Subhanallah…


Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Beliau ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.


Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.







-ya allah, berikan ketenangan dan kekuatan hati kepada aku dan kawan-kawanku.


to my adeq yang tersayang : fahmi...kita diperingkat yang sama...nak diluah..trasa malu sangat..nak dipendam terlalu la sakit kan?akak slalu ada untuk jd pendengar adeq...akak n adeq da lama kenal...akak rasa adeq taw akak macam mana kan?jangan sdih2...btul kan akak cakap...buruk mana pun orang yang kita sayang itu,yang itulah juga kita sentiasa kenang.sebab xsemestinya semua buruk...cuma separuh mungkin...tp separuh lagi begitu bermakna bagi kita kan deq??jujo memang seksa bila mendambakan orang yang kita sayang...even dia bersama kita atau suda tak lagi bersama kita,kita xbole paksa hati orang terima kita...kalau waktu itu hatinya da terisi orang laen,kita lepaskan la... :) akak rindu hubungan kita bertiga mcam mula2 dulu..tp sekarang... :'( berterus teranglah deq dengan insan yang ada dengan adeq bahawa hati adeq mempunyai insan laen...sakit deq bila dapat taw org yang bersama kita tu hatinya ada org laen...itu yang akak rasa sekarang... :'(

# melalui perkara yang sama..mengharapkan kasih sayang seseorang yang tak mungkin aku dapat...aku tau hati dia ada orang laen bukan aku.. :'(

~Andai Itu Berlaku~

Assalam...
huhu kali ni mungkin berupa wasiat..hehe yela kita ni ajal maut mana tahu kan..so aku sesiap buat entri wasiat awal-awal lar kan..hikhik

andai suatu hari nanti aku tiada , aku nak ucap terima kasih awal-awal dekat mama dan abah aku..tanpa mereka,aku takkan wujud dalam dunia ni..terima kasih mama n abah..Allah je mampu membalas jasa mama dan abah..angah sayang mama n abah ! :')

andai suatu hari nanti aku tiada, aku nak abang-abang dan kakak-kakak aku tahu yang aku sayangkan abang-abang dan kakak-kakak aku.terima kasih kerana dah bagi aku kasih sayang menggantikan apa yang sedia kekurangan...

andai suatu hari nanti aku tiada..aku pohon 10 jari aku untuk meminta maaf kepada semua andai aku pernah melukakan hati anda-anda semua..halalkan makan dan minum aku sekiranya ada terambil..

andai suatu hari nanti aku tiada, aku punya facebook , aku serahkan kepada 2 orang sahabat aku iaitu NOI dan LYSA untuk deactivekan account laman sosial aku ni...aku rasa diaorang tahu password dan email aku...

andai suatu hari nanti aku tiada , aku nak kawan-kawan aku tahu aku sayangkan mereka.terutama kawan-kawan aku dari kecil..kawan-kawan sekolah rendah,sekolah menengah,kawan-kawan kerja aku..walau aku sebagai ketua di department ni kuat marah # membebel...aku buat demi kebaekan bukan untuk menjatuhkan air muka kalian...percayalah..korang..aku sayang korang taw!!!! :')

andai suatu hari nanti aku tiada, dan pada ketika itu aku telah bersuami...aku nak suami aku tahu segala perasaan dan hati aku,aku serahkan kepada dia...tiada yang lain...setia aku,kasih sayang,cinta dan rindu aku hambakan untuk insan yang syurgaku dibawah telapak kakinya...abang,tengok-tengokkan anak-anak kita ya...didik mereka menjadi insan yang berguna,soleh dan solehah...mungkin kita tak mampu menjadi muslim dan muslimah yang sejati..tapi jangan biarkan anak-anak kita ikot jejak langkah yang tak baek...

andai suatu hari nanti aku tiada... segala hak milik aku, yang mana boleh disedekahkan untuk orang-orang susah,aku sedekahkan...andai hak milik aku berguna untuk kegunaan keluarga ku , aku izinkan terutama anak-anakku...

andai suatu hari nanti aku tiada, percayalah wahai teman,sahabat dan insan-insan yang pernah aku kenali...
korang adalah insan yang terbaek aku pernah kenal selama ini...

seterusnya :

andai suatu hari nanti aku sudah tiada...lappy aku ni,kawan-kawan yang rapat tahu password aku kan..then korang suruh CIK T cari dalam disc G dalam folder document , suruh dia cari satu folder ni...ada satu file aku simpan khas untuk dia..coretan kisah semasa aku dan dia bersama...

andai suatu hari nanti aku sudah tiada, blog ni aku serahkan kepada CIK T untuk dia delete blog aku...kecuali entri ni...blog ni biarkan kosong...header buang...gadget dan semua-semua yang berkaitan delete...blog still sama...takde apa yang aku ubah...

last but not least....
salam maaf dari aku untuk korang...

notatangan : titik noktah... :')


~kenangan yang tak mungkin aku lupakan~

~Pertunangan Yang Tak Dirancang~

Tanpa ku tahu ku telah ditunangkan
Tanda ku duga telah terjalin ikatan
Tanpa ku kenal yang jadi pendampingku
Tanpa kuasa semua ku terima...

belek-belek album...terjumpa gambar yang aku sendiri rasa diri ni bodoh sangat2...
da taw xcinta yang g terima kenapa??
sebab kecewa?? sebab nak lupakan org yg aku sayang?? # mmg xbole lupa la syg oi....
sebab aku sayang dia gler2 kot...sapa bole lupakan org yg kita sayang...siyes susa...
then disebabkan kecewa...aku terima keputusan mama aku yang mungkin xsgup tgk muka aku sugul 
setiap hari...hurm...nak wat mcam mana maa...da angah bernasib malang...aku share ckit2 je k gambar
ni...xske sgt... :(

hantaran dari pihak laki2 :


1

2
3

4
5


hantaran perempuan :

semua

antaranya

antara yang berlaku masa majlis yang tanpa kerelaan ni... :














kenangan yang paling pahit saat diri bergelar tunangan orang kerana semua tanpa kerelaan hati aku sendiri...
dan sekarang smua telah berakhir...aku telah bersama insan yang aku sayang smula... :) 
selamat tinggal semua kenangan... :)

Sesal Dahulu Dan Sesal Sekarang

mungkin entry kali ni agak sedih..sebab kisah sebenar yang berlaku ke atas diri aku sendiri...hurm...susah nak luah tapi kerana rasa kesal dalam diri menebal,nak gak la luah...

BUKAN SENANG ORG NAK BERUBAH !

Oke bole nampak kan tajuk diatas??hurm....someone ask me...how to maintain bout our changer of attitude??? and how to convince people that we have changed??

oke bukan senang untuk meyakinkan org yang telah hilang kepercayaan kepada kita...
aku sendiri pon xla terlalu baek smpai xde dosa kan..cuma aku banyak belajar dari kehidupan yang ada depan mata atau lebih banyak belajar dari pengalaman aku sendiri...manusia mana yang xd dosa?manusia mana yang xde secalit warna hitam dihatinya?tipu kalau kita ckap kita xde dosa kan?antara sedar atau tak sja..orang yang kita sangka beriman tak tinggal solat pun ada kalanya membuat kesilapan...tapi bila kita sedar akan kesalahan kita dan kita meminta maaf...org yang memaafkan itu haruslah memaafkan kita dengan SEIKHLAS HATI dan BERLAPANG DADA..bkan hanya memaafkan then 1 hari nanti akan timbul ungkit mengungkit...sesungguhnya memaafkan itu yang terindah TETAPI  berlapang dada lah selepas kita memaafkan itu yang paling terindah... :) tiada lagi ungkit mengungkit...

bila terjadi ungkit mengungkit akan kesalahan kita yang lalu...macam mana kita nak berubah?percaya la bila kita ada niat nak berubah tapi org sekeliling kita hentam kita nescaya kita akan tertekan dan mula akan rasa menyesal pasang niat untuk berubah?sebab apa??sebab takde sokongan dari insan2 di sekeliling kita dan dari insan yang kita sayang kerana diaorg suda tak percayakan kita lagi...kenapa?sebab kesalahan kita itu akan sntiasa diaorg ingt...tu la manusia...kesalahan yang bole d maafkan d perbesarkan hingga tercetus perbalahan yang berpanjangan...tetapi knapa bila kebaekan yang kita hulurkan sekelip mata org tak nampak akan kebaekan itu?

contoh 1  :
penagih dadah yang berniat untuk cuci tangan dari kancah dadah...kenapa manusia yang budiman smua ini hentam diaorg sedangkan diaorang cuba untuk berubah??macam mana diaorang nak berubah andai kita sendiri yang ada di sekeliling kita asyik memandang serong dan hina terhadap mereka??akhirnya mereka akan kembali ke jalan yang salah semula...fikirlah...bagaimana mereka nak melawan gian terhadap dadah tanpa sokongan orang sekeliling?hina sangat kah mereka ni?ya mereka merbahaya tapi percayalah dengan kasih sayang yang tak bertepi akan merubah segalanya...jangan bila mereka telah tiada di dunia kita baru nak menyesal...kesalahan diaorg berpunca dari pergaulan ya mmang tak dinafikan...ada fikirkah ibu bapa dirumah benar2 telah memberi kasih sayang dan didikan yang cukup?kita tak patut salahkan dia seorg sbb banyak faktor bole kita kaitkan... ( aku da laluinya...janganlah ulangi kesilapan aku yang tak mampu aku tebus sampai sekarang )

contoh 2 :
remaja yang dikatakan liar gara2 terpengaruh dengan rakan sebaya...bila mereka sedar akan kesalahan mereka,knapa ibu bapa menghentam mereka? semua yang terjadi ada hikmah dan sebab..mungkin ibu bapa akan ckap kenapalah malang nasib aku dapat anak seperti mereka..masyaAllah...anak kurniaan Allah yang tak ternilai dengan wang ringgit..berharga sangat2...amanah yang amat berat..mungkin dia liar gara2 kasih sayang dirumahnya kurang...layanan ibu bapa berat sebelah antara dia dengan adeq bradeq yang lain...cuba lah renung salah sendiri dulu...jangan menuding jari terus pada dia..ya mmang remaja itu salah...cepat terpengaruh...mungkin dia tension dengan keadaan jadi,rakan2 lah tempat mereka berseronok...anak pun punya salah ibu bapa pun ada salah tersendiri...kedua2 belah pihak salah...bukan hanya remaja tersebut...bila anak sudah mau berubah,ibu bapa pula dingin melayan dia lalu dia pon pasang niat,baek xpaya berubah kalau macam ni... ( kehidupan aku juga...bkan aku tapi sala seorg family aku )


org nak kita berubah,tapi dorongan tidak diberi..sebaliknya dihentam...di hina hampir setiap hari...hati manusia mana yang sanggup..kenapa kita tak bole maafkan seikhlas hati lalu berlapang dada lah...setiap manusia punya kesalahan...takde manusia dalam dunia ni yang perfect tanpa dosa...antara sedar dan tidak sj..apa yang berlaku,pasti ada hikmah kenapa n mengapa ia berlaku..kaji la...

menyesal tak guna bila org tu dah tiada...aku menyesal sebab membiarkan ayah saudara aku sendiri keseorangan tatkala dia mahu berubah..aku menyesal terikot kata-kata mak saudara yang lain...maafkan na cik bat...na berdosa sangat2..sekarang na sedar na xpatut buat mcam tu sebab smua manusia ada ruang didunia ni untuk berubah..sapalah na untuk menyempitkan ruang itu untuk cik bat.. :'( na rindu cik bat..na terbayang2 masa cik bat sakit n perit lawan dengan rasa inginkan benda tu...tapi saat akhirnya?na terpengaruh dengan kata-kata org... :'(  na tak layan cik bat...na seakan sombong...padahal cik bat banyak bantu na...walau cik bat mcam tu,na tetap jaga makan mnum cik bat...na xkesah dengan keadaan cik bat... :'( maafkan na ya.. :'(


^_^


^_^



MasyaAllah

Microsoft Excel
.
Satu cara untuk menguji kehebatan al-Quran adalah dengan cara memasukkan bilangan ayat dalam setiap surah ke dalam Microsoft Excel. Ada dua cara memasukkan bilangan ayat setiap surah ke dalam Microsoft Ecxel. 1). Bermula dengan surah terakhir iaitu surah an-Nas. Bilangan ayat dalam surah an-Nas dimasukkan ke dalam sel pertama, bilangan ayat surah al-Falaq ke sel yang kedua, bilangan ayat surah al-Ikhlas ke dalam sel ketiga dan seterusnya sehingga surah al-Fatehah. 2). Cara yang kedua ialah dengan memasukkan bilangan ayat surah al-Fatehah ke sel pertama, diikuti oleh surah al-Baqarah, surah ali-Imran dan seterusnya.

.

Apabila Microsoft Excel diarahkan untuk membina Graf taburan, graf taburan yang diperolehi adalah seperti di bawah.



Susunan surah-surah al-Quran semenjak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga sekarang dan sehingga Hari Qiayamah. Susunannya membentuk satu lengkungan yang besifat seperti terbalik.
Paksi Y ialah bilangan ayat, dari 3 ayat (ayat yang paling sedikit) kepada 286 ayat (ayat yang paling banyak). Paksi Y ialah yang menegak dan paksi X yang mendatar. Paksi X ialah nombor surah dari surah 114 hingga surah 1 sekiranya asalan graf ini di sebelah kiri dan sekiranya asalannya ialah di sebelah kanan, surah pertama ialah surah al-Fatehah.
Sekiranya koordinat disambung-sambungkan mengikut sistem yang betul, ia akan menghasilkan dua graf iaitu graf yang berbentu Allah dan Muhammad.

belum disambungkan





Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!



Kalimah Allah.

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).

Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Kedudukan Surah al-Hadid

Surah al-Hadid ialah surah yang ke 57 dalam al-Quran. Al-Quran mengandungi 114 Surah. Olehsebab jumlah surah al-Quran adalah genap, maka tidak ada surah yang ditengah-tengah al-Quran. Namun dari sudut matematik, 57 bersamaan dengan 114/2.

Sekiranya nombor-nombor surah dari surah al-Fatehah sehingga surah al-Hadid dicampurkan iaitu

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57

jumlahnya ialah 1653. Cuba anda dharabkan jumlah ayat dalam surah al-Hadid dengan nombor surah al-Hadid. 29 X 57, Berapa hasil dharabnya? Hasil dharabnya ialah 1653

Cuba anda kenalpasti dua nombor surah yang berada di tengah-tengah kedudukan surah al-Quran.



1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57+58+59+60+61+62+63+64+65.........+114

Dua surah yang ditengah-tengah surah-surah al-Quran ialah surah nombor 57 dan surah nombor 58.

57, 58

Sekarang anda dharabkan 57 dengan 58 (berapa hasil dharabnya?, jawabnya ialah 3306. Sekarang bahagikan 3306 dengan 2 (sebab 57 adalah mewakili separuh bahagian pertama al-Quran dan 58 mewakili bahagian ke dua al-Quran)



3306/2=1653

1653! anda rasa kebetulan kah?

Sekiranya anda dharabkan nombor-nombor surah dari surah 1 hingga surah 114 dengan bilangan ayatnya, umpamanya 1X7=7, 2X286=57...dan sebagainya sehingga surah ke 114 dan kemudian susun hasil dharabnya berdasarjkan kedudukan menurun (Descending order) dan juga kedudukan menngkat (Ascending order), semua nombor surah berdasarkan hasil dharabnya akan berubah kedudukannya. Namun ada surah yang tidak berubah kedudukannya iaitu surah nombor .....

57

Sekali lagi, apakah ini adalah satu fenomena yang kebetulan semata-mata?



Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!


Kalimah Muhammad


p/s : info from kawan YM saya.. :)

...Bila Mama Berbicara Aku Kesedihan...

"SALAM.. TENGAH BUAT APE TU? HUJAN KE KAT SANA? MALAM TADI TENGAH BERZIKIR SAMBIL BERFIKIR NAK BUAT ME GORENG UNTUK HARI JADI ADIK ISNIN DEPAN NI TIBA-TIBA MACAM ADA SUARA SURUH MA BUAT YASSIN..KEMUDIAN MA SAMBUNG ZIKIR LAGI SAMBIL TENGOK KAT ATAS GEROBOK TIBA-TIBA NAMPAK ARWAH MAK N BAH (TOK BLAH MAK).TERFIKIR JUGAK MACAM MANA NAK BUAT DUIT ADA RM100 JE TAPI INSYAALLAH HARI KHAMIS DEPAN NI MA NAK JUGAK BUAT YASIN.KALAU IKOT CAKAP DOKTOR BULAN 12 NI BULAN TERAKHIR MA HIDUP TAPI ALLAH MAHA BERKUASA MUDAH-MUDAHAN DI PANJANGKAN UMUR MA..DAH 3 MALAM TAK DAPAT TIDUR KAKI TERLALU SAKIT TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA LAGI.."



...sufi adik last..
besday dia isnin depan...


"ANGAH JANGAN LUPA SOLAT..JANGAN LUPA PESAN MA N ABAH DI SINI YE NAK..MA N ABAH SAYANG ANAK-ANAK MA SAMA RATA..ALONG,ACHIK DAN ADIK-ADIK JUGAK CUCU MA..MA SAKIT KETENTUAN ALLAH NGAH..JANGAN SEDIH-SEDIH YE NAK.."

ma...angah dan adik2 sayangkan ma..anak mana tak sedih bila ma ckap macam ni ma...angah patut pergi mendahului ma...bukan ma...angah pun sakit ma...ma...jangan tinggal kami ma.. :'(
ma..belum puas angah menanggung ma..belum puas angah mengucup ma..belum puas angah bermanja dengan ma.sapa yang akan jaga angah bila angah sakit.sapa akan tenangkan angah bila angah sedih..ma xpernah kecewakan angah.angah banyak dosa dengan ma.angah ingkar dengan apa yang ma nak.angah ikut kata hati angah.angah abaikan keinginan ma.tp ma,angah xmampu lawan kehendak hati..ma angah minta maaf..angah menyesal sangat2.angah jahat kan ma??angah xpuas jaga ma masa ma sakit..ramai tak tahu ma angah sakit.angah xpernah cakap ma angah sakit.semua yang kenal angah di alam maya ni semua ingat hidup kita ceria ma.tapi tak kan?ma da sakit teruk.ma selalu cakap hidup ma da xlama...ma...angah xsuka ma ckap mcam tu...along,angah,achik,uda n ucu semua sayang ma..maafkan along dan angah belum sempat tunaikan kehendak mama n abah untuk menimang cucu...tapi ma da ada widad kan?widad slalu buat kita ceria kan ma?ma jangan tinggal kami ma.ksian uda n ucu..kesian la kat widad ma...ma sayang kami kan?maaa :'(



( gambar ma masa sakit.. :'(   )

MA...ANGAH NANGIS MASA TULIS ENTRY NI.ANGAH RINDU MA...KENAPA MA HANTAR MESEJ MACAM TU KAT ANGAH...MA....ANGAH MINTA MAAF SEBAB TIADA DISISI MA SAAT MA SAKIT...MA TETAP DI HATI ANGAH... :'(


Serius tengah sedih...tanpa sebarang make up so wajah real :'(

HaTi

"Ginjal tanya Jantung.."syg di mana?"Jantung jwb x tahu.Jantung pn tanya Paru-paru.''syg di mana?''Paru-paru cakap tak tahu.Paru-paru tanya hati.''syg di mana?''Hati pn jwb.syg ada kt sini.Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan.Knp syg ada di Hati??Hati jwb.Hati dipilih oleh Allah utk memiliki syg.krn syg, Hati rela menangis, Hati rela di lukai.Dan krn syg, Hati rela b'korban."


Ya...sebab dihati ada sayanglah,hati sanggup dilukai.
hati sanggup lakukan apa sahaja walaupon terpaksa berkorban...
betapa besarnya pengorbanan hati...'
hanya Allah mengetahuinya....



Kita ada 1 saja hati..♥
Jika gembira , hati itulah..
Jika bertaqwa, hati itulah..
Jika beriman, hati yg 1 itu juga..
Jika bercinta, hati itu juga..
Jika terluka pun, hati nan 1 itu juga..

Terlalu SATU untuk banyak perkara..maka, jagalah HATIMU dan HATI ORG2 YG MENYAYANGIMU..



Sukar digambarkan apabila hati dah terluka hanya yang mengalami sahaja akan mengetahui bagaimana perit dan siksanya andai hati dan jiwa terluka...............dan ia memerlukan sedikit masa untuk proses penyembuhan.

Dugaan Menghantui Emosi

Ingatlah : 






''Dugaan Yang Datang Kepada Kita Adalah Ujian daripadaNya Dan Ujian Yang Banyak Memberikan Kekuatan Kepada Hambanya"...






"Allah S.W.T Sentiasa Menguji Hamba Bermakna Allah S.W.T Menyayangi HambaNya"...










Pagi ini aku berjalan dengan penuh tergesa2 sekali hatiku berdegup (dup dap dup dap) mungkin ade sesuatu yang akan terjadi ? mungkin aku memang nasib malang setiap hari ?


Dugaan Yang Datang Itu Ujian ! emph !



Aku Disini berasa sepi sekali tanpa teman disisi tanpa ABAH dan MAMA... Oh, Sesungguhnya, aku perlu hidup berdikari BERDIRI DIATAS TAPAK KAKI SENDIRI awww... caiyook !






Aku Berjalan keluar dari bilik ku dengan memakai kemaja -T dan Seluar Jeans Katonku serta Shawl Purpleku yg bling ! bling ! (ala mak datin).. Aku berjalan dengan laju sekali.. (maraton takut terlewat) hehe ! hurm.. Setiba aku di Parking, Kejadian yg betul2 menguji kesabaran dalaman dan luaranku pada masa itu.. Mulut jgn ckp lah sumpah seranah aku sebut awww... tooott.. ! toott ! 

Astaga ! Tak Baik Taw !






*** 


Dengan hati yg penuh dengan ketenangan aku biarkan semua dugaan itu.. memang Ujian datang tanpa kerelaan kita huhuhu ! Teruskan perjalanku ke tempat kerja dengan penuh tabah.. 


Moodku setiap hari mesti HAPPY sahaja.. walaupun makan dalam..


"Simpanlah Kesedihanmu Dan Demi Gembirakan Orang Disekelilingmu Walaupun Hatimu Menderita"


Prinsip hidupku memang begitu.. Ada sesiapa yang nak sanggah ? 






Kaki ku menjejak ke banggunan yang memang tinggi, (memang itu je bangunan yg tinggi kat kawasan sini) Wahh ! Semangat tol nak g masuk office niey.. Then, Datang lagi Dugaan Lift Rosak ? awww tingkat memang taknak ingat lah..(12 kowt) memang lemak boleh terbakar.. Itulah Dia Dugaan, 

Hari Isnin Penghulu segala Hari yg penuh dengan Dugaan... 






"Bersabarlah Sesungguhnya Ada Hikmah Disebalik Kejadian... "





Penulis Sgt Berterima Kasih Kepada Semua Yg Mengambil Berat Kepadanya...

Emosi Dalam Kesedihan

KESEDIHAN, KERESAHAN DAN KESAKITAN

"Rela Menderita Dan Terseksa
Demi Melihat Orang lain Bahagia..."


Perasaan Yang Gembira
Bisa Bertukar Secara Tiba-tiba
Dan Boleh Berakhir Dengan Derita 
Serta Kesedihan...


KISAH SEDIH DAN EMOSI



Hari ni aku bukan nk bersedih tapi
Aku memang dalam kesedihan
KENAPA ?
MENGAPA ?

Aku sendiri yang tahu betapa peritnya
Erti sesebuah PENDERITAAN yang ku alami
Ada ker Orang paham ?
Ade ker org tahu masalah kite ?
Ade ker INSAN yang cube untuk memahaminya ?

JAWAPANYA :
YES ! Cik !
Memang Ade org yang paham
Memang ade org yang cuba paham
Tapi susah sangat nk jumpe INSAN yang sedekian rupa

Yang kita jumpe ?
Hanya insan yang tidak serik mencari kesalahan diri kita
Semua yang kita lakukan salah baginya
APAKAH ITU ADIL ?

Hurm... If nak cakap tentang keadilan memang 
Sampai Esok pun takkan  
TAMMAT !

Hurm.. ketika ini masih cube untuk memahami 
Cuba untuk menyesuaikan diri dengan situasi
Cuba menyelesaikan masalah dengan baik
Sedang mencuba segalanya
CUBA DAN CUBA !

Entah lah, KAWAN !
Kita kenal memang agak lama
Tapi, memang suke borak dengan kau
Gurau dengan kau
Bengong, Marah, Bengang, Ketawa, Sedih
Happy dengan kau 
TAHU ? 
Semua dengan  kau !
Mungkin aku selesa bercerita dengan kau..

Sebab kau happening and myb kau paham aku ?
maybe lah !


Tapi skg,
Entahalah..Dari hari tue
Aku ade cite kat kau kan yang aku tak suke
TAK SUKE !

PAHAM !
hurm...
Tapi agaknya kau LUPA !
Atau kau buat2 lupa
Or buat2 tak paham ?
KAN ?
hahaha !

Biarlah semua jadi satu
KENANGAN BUAT KAU DAN AKU
Yang lepas biarlah lepas
BIarlah ia berlalu
Seperti sungai yang mengalir tenang
"AKU MAAFKAN KAU !"

okey ! 




" Takde siapa yang paham diri kita 
Melainkan diri kita sendiri
Serta meraka yang betul2 rapat dengan kita
Iaitu  
FAMILY 
kita"...


I LOVE MY FAMILY !

Things Have Changed

Topik kite kali ni
THE THINGS HAVE CHANGED 
atau
dikenali sebagai
SEGALANYA TELAH BERUBAH !

(gambar hiasan...baru siap photoshoot)

Ku toleh kiri, Ku toleh kanan, Dikau Tiada..
Wahh ! Kind of Lagu P.RAMLEE sebenarnya.. hehe
Acececehh ! awww !
Layan lau awful gitu nyahh!
Ouch ! Tak kose maqq !
Toink Toink !


Hurm semua benda dah berubah sekarang 
kawan-kawan yang betul² close saje yang paham situasi aku skg ni
Kenapa aku jadik camni ?



Becoz, kawan² aku jugak ade nasihatkan aku
Kesian blaa.. blaa.. blaa..
Aku takde pun nk bermain² dengan perasaan
Or Mempermain²kan dengan perasaan 
Memang sulit untuk ku ungkapkan tapi hakikatnya ?
Banyak benda yang telah berubah
Pilih jalan penyelesaian
selesaikan masalah
atau
hanya dengan cara mendiamkan diri ?

Lumrah DUNIAWI..

DUNIA OH DUNIA..Serabut dengan memikirkan masalah dunia
huhuhu..

Ramai kawan² aku cakap aku banyak berubah
Aku sakit ker ?
Aku lupa kawan ker?
Betul ker lupa kawan ni ?
hurm aku bukan lupa kawan


aku cume tak boleh berkawan dengannya lagi
aku rase tak selesa berkawan dengannya lagi
tapi perasaan EMPATHY aku masih wujud
aku kdg² cube juga untuk menjaga hati kawan² aku semua
Hope dyorg smua paham situasi aku sekarang..

(termenung seketika)

KONPIUS !!!
Hurm kat sini aku mintak maaf ya kawan²
Kalau ade salah dan silap aku dalam persahabatan selama ini
Mungkin kite sudah tak boleh rapat cam dulu lagi
Tapi kite tetap kawan sampai Akhirat
Insya-Allah
MAAFKAN AKU YA.. 

COMPLICATED !!!
Perhh ! memang kadang² LIFE memang merunsingkan
tapi kite kenalah cuba untuk mengawalnya
 Cube untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri
Tanpa mengharapkan bantuan orang lain
Boleh ker aku ni ?
Hurm.. aku cube dan cube bile ku cube inilah jadinya
Semua jadi kucar kacir
haha..
THING HAVE CHANGED YOUNG GIRL !

HORROR !!!
Wawh ! Kadang² LIFE aku ni cam Horror lah plak
Adeh ! Bahayes ! Hancus !
Hehe.. Yelah Betul kata kawan² aku tue
Buat apa aku nk igt benda yang tak perlu ingat
yeah !
Tibe² aku teringat statement yang biasa aku pakai tue

"Rela Membiarkan Hati Dan Perasaan Terluka 
Demi Melihat Orang Lain Bahagia"

Hurm.. aku tetap dengan pendirianku itu..

CONCLUSION !!!
Walau ape pun yang terjadi persahabatan yang terjalin antara kita
Takkan pernah LUPUS, HANCUS OR HILANG
Ia akan tetap bersemadi diingatan sampai
MAMPOS OR KIAMAT !



Opps ! dalam hidup ni takde ape yg  
IMPOSSIBLE 
Right ?


Hanya diri kita yang mampu mengubahnya
Kita, Diri Kita dan Dunia Kita...

Maaf Sahabat !
Salam UkhwahFillah !

 "Cube untuk belajar menyayangi diri sendiri sebelum kita menyayangi orang lain"
"Cube untuk hidup berdikari daripada bergantung hidup pada orang lain"
"Cube untuk mengikut naluri sendiri tak perlu mengikut orang lain"
"Cube untuk menjadi diri sendiri tak perlu untuk menjadi orang lain"
 

9 Nafsu & 1 Akal

Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ni tak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer. Tengok perempuan tu suci dan lemah lembut..but eventually dia ada 9 nafsu. Haha!




But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak dan pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. Adalah lebih senang untuk faham salasilah puak Yahudi Ashkenazi daripada kami. Wuwuwuwuw.




Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tak dengar cakap je marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!)




Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square ini jam jugak untuk mencari Harem pants (TESCO murah sikit hihi). Lepas tu Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kene pegi balik TESCO untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai baju tu lagi kot. Nanti orang kata ''You're so 2007 duhhh~' .




Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di JB. Bila tengok orang pakai makeup, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, kita pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon tak lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siryes penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada.




Benda ni buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah puas pon. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap ni? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau takkan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada jugak. Orang takda, kita nak ada jugak. Abih bila masa je yang kita takda ni? Eh apa yang ada apa yang takde ni. Aku ni suka melalut sampai dah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Cis.




Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl fancy2, aku tetap dengan syria murahanku =') Yeah, mula-mula rasa macam segan giler aku sorang je yang pakai jeans & syria, semua orang pakai maxi skirts & shawl HT like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Tampar mahu ga?)




Macam makeup pulak, dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup takkan kau sorang je datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So aku ni kaknam sibuk nak pakai eyeshadow & mascara bagai, lepas tu bila nak solat dah susah. Kena pakai remover and all. Buang masa je. Lepas tu kena pakai balik makeup. Benda 10minit dah jadi 30minit. Tak cerita lagi part lilit shawl bagai =')




Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then takdelah fashionista didunia ni betul? Haha. Bosan lah pulak dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing sapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.




So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista jugak, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tak stalk, korang tak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tak beli haha! Anyway diorang kan fashionista, dah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak jugak, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.




Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JE' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pulak sampai bila jumpa fashionista kau pegi cakap ' Hello aku cantik je walaupun tak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha! Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau tak terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tu. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right =)



LOVE NOTE : Berfashionlah ikut kemampuan kamu. Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai makeup cantik-cantik, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes. Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends kita belaja untuk terima diri sendiri dengan seadanya!