Saya merayu, mungin itu suatu kesilapan.Tapi itu yang ingin saya lafazkan.

Pernah merayu kerana cinta? Mungkin ada menjawab ya dan tidak.


YA

  • mungkin di sebabkan terlalu sayang dan tak sanggup berpisah erti kata lain tidak rela.
  • mungkin kebingungan kerne perpisahan berlaku tiba-tiba

TIDAK

  • mungkin anda hipokrit
  • mungkin jua anda merasa tidak perlu merayu pada yang tak sudi
  • mungkin jua, anda tiada keikhlasan dalam bercinta
  • mungkin jua, andai mengangap, ala, buat apa merayu, kalu nak dia akan cari. Apa-apa pon, jangan         jadi bodoh sebab cinta

Apa jua jawapan dan alasan anda, merayu itu sebenarnya sakit. Dalam tak sedar, air mata boleh mengalir,kerna menginginkan sesuatu agar ia kembali pada asal. YUP!! Saya pernah rasai..saya pernah merayu.. walau saya tau, andai saya merayu, pasti keadaan tak akan berubah. Apa yang di harap?? Cinta simpati.. jangan sesekali anda memiliki. Sebab ia kadang-kadang racun dalam diri, membina bahagia atas 
dasar berkorban dan rela di sakiti.

Ya allah, saya melakukan kesilapan. Tapi itulah yang saya ingin lafazkan.Saya rasa saya bodoh. Sebab saya menolak takdir saya pada hari itu. Saya mengharap sebuah kebahagiaan yang bakal saya ranapkan tanpa saya sedari. Perit sebuah perpisahan sampai kita hilang pertimbangan diri. Sampai rasa macam nak telan je ubat tido berdozen-dozen(astagfirullahazim, nasib iman ni masih ada).




Menangis lah! Itu yang saya mampu katakan.. seolah-olah anda rasa hebatnya airmata yang Allah kurniakan kepada wanita..sebab airmata lah kita membina kekuatan untuk rasa, ah merayu itu suatu kesilapan! Menangis lah! Sebab air mata itu lambang kelembutan hati wanita, yang mana Allah kurniakan bagai selembut apam pokadot,selembut puding, selembut kapas, malah lebih lembut lagi..






Andai merayu agar cinta yang di hujung nyawa itu boleh kembali bernyawa, merayu lah.. Mungkin si dia masih mengharap dan masih menyayangi anda.TAPI, jika merayu itu tidak dapat merubahkan segala-galanya, merayu lah pada DIA. Dia yang maha berkuasa di atas segalanya. Kun fa yakun! Keajaiban itu pasti ada.


Baca lah surah yusuf ayat 4, andai boleh hafaz, hafazlah. Agar bertambah rasa kasih sayang si dia pada kita. InsyaALLAH, segala kekuasaan, kasih sayang adalah hak miliknya, moga pinjaman yang kita dapat pada hari ini, kita gunakan sebaik mungkin.KEKASIH adalah pinjaman tuhan, bila dia mengambil nya balik, yakni, mengambil hati itu, maka hilang lah rasa cinta itu. Aku redha..




Buat pedoman hidup untuk saya dan semua..


Pinjaman ALLAH kepada Nabi Ayyub A.S dan di hilangkan. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”


Subhanallah…


Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Beliau ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.


Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.







-ya allah, berikan ketenangan dan kekuatan hati kepada aku dan kawan-kawanku.


to my adeq yang tersayang : fahmi...kita diperingkat yang sama...nak diluah..trasa malu sangat..nak dipendam terlalu la sakit kan?akak slalu ada untuk jd pendengar adeq...akak n adeq da lama kenal...akak rasa adeq taw akak macam mana kan?jangan sdih2...btul kan akak cakap...buruk mana pun orang yang kita sayang itu,yang itulah juga kita sentiasa kenang.sebab xsemestinya semua buruk...cuma separuh mungkin...tp separuh lagi begitu bermakna bagi kita kan deq??jujo memang seksa bila mendambakan orang yang kita sayang...even dia bersama kita atau suda tak lagi bersama kita,kita xbole paksa hati orang terima kita...kalau waktu itu hatinya da terisi orang laen,kita lepaskan la... :) akak rindu hubungan kita bertiga mcam mula2 dulu..tp sekarang... :'( berterus teranglah deq dengan insan yang ada dengan adeq bahawa hati adeq mempunyai insan laen...sakit deq bila dapat taw org yang bersama kita tu hatinya ada org laen...itu yang akak rasa sekarang... :'(

# melalui perkara yang sama..mengharapkan kasih sayang seseorang yang tak mungkin aku dapat...aku tau hati dia ada orang laen bukan aku.. :'(

No comments:

Post a Comment