~Andai Itu Berlaku~

Assalam...
huhu kali ni mungkin berupa wasiat..hehe yela kita ni ajal maut mana tahu kan..so aku sesiap buat entri wasiat awal-awal lar kan..hikhik

andai suatu hari nanti aku tiada , aku nak ucap terima kasih awal-awal dekat mama dan abah aku..tanpa mereka,aku takkan wujud dalam dunia ni..terima kasih mama n abah..Allah je mampu membalas jasa mama dan abah..angah sayang mama n abah ! :')

andai suatu hari nanti aku tiada, aku nak abang-abang dan kakak-kakak aku tahu yang aku sayangkan abang-abang dan kakak-kakak aku.terima kasih kerana dah bagi aku kasih sayang menggantikan apa yang sedia kekurangan...

andai suatu hari nanti aku tiada..aku pohon 10 jari aku untuk meminta maaf kepada semua andai aku pernah melukakan hati anda-anda semua..halalkan makan dan minum aku sekiranya ada terambil..

andai suatu hari nanti aku tiada, aku punya facebook , aku serahkan kepada 2 orang sahabat aku iaitu NOI dan LYSA untuk deactivekan account laman sosial aku ni...aku rasa diaorang tahu password dan email aku...

andai suatu hari nanti aku tiada , aku nak kawan-kawan aku tahu aku sayangkan mereka.terutama kawan-kawan aku dari kecil..kawan-kawan sekolah rendah,sekolah menengah,kawan-kawan kerja aku..walau aku sebagai ketua di department ni kuat marah # membebel...aku buat demi kebaekan bukan untuk menjatuhkan air muka kalian...percayalah..korang..aku sayang korang taw!!!! :')

andai suatu hari nanti aku tiada, dan pada ketika itu aku telah bersuami...aku nak suami aku tahu segala perasaan dan hati aku,aku serahkan kepada dia...tiada yang lain...setia aku,kasih sayang,cinta dan rindu aku hambakan untuk insan yang syurgaku dibawah telapak kakinya...abang,tengok-tengokkan anak-anak kita ya...didik mereka menjadi insan yang berguna,soleh dan solehah...mungkin kita tak mampu menjadi muslim dan muslimah yang sejati..tapi jangan biarkan anak-anak kita ikot jejak langkah yang tak baek...

andai suatu hari nanti aku tiada... segala hak milik aku, yang mana boleh disedekahkan untuk orang-orang susah,aku sedekahkan...andai hak milik aku berguna untuk kegunaan keluarga ku , aku izinkan terutama anak-anakku...

andai suatu hari nanti aku tiada, percayalah wahai teman,sahabat dan insan-insan yang pernah aku kenali...
korang adalah insan yang terbaek aku pernah kenal selama ini...

seterusnya :

andai suatu hari nanti aku sudah tiada...lappy aku ni,kawan-kawan yang rapat tahu password aku kan..then korang suruh CIK T cari dalam disc G dalam folder document , suruh dia cari satu folder ni...ada satu file aku simpan khas untuk dia..coretan kisah semasa aku dan dia bersama...

andai suatu hari nanti aku sudah tiada, blog ni aku serahkan kepada CIK T untuk dia delete blog aku...kecuali entri ni...blog ni biarkan kosong...header buang...gadget dan semua-semua yang berkaitan delete...blog still sama...takde apa yang aku ubah...

last but not least....
salam maaf dari aku untuk korang...

notatangan : titik noktah... :')


No comments:

Post a Comment