| Saat Dikau Pergi |

Kau masih tersenyum
Mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa..
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan…
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita.
Dipangkuan suami mu Ismail…
Menunggu saat ketikanya
Diangkat roh bertemu yang ESA.
Tangan dicelup dibejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada keluarga dan sanak saudara
Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergian mu
Sukarnya untuk anak-anak menerima
Bahkan payah untuk suamimu mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya.
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhana lah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya
Wahai ibuku kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu….





l Batas Masa l



setiba kita di batas masa..
nobat nafiri tiada bernada.
sehelai daun kering berayunan layu.
menanti saat dibawa bayu..
langit mendung hujan pun gerimis
sayup terdengar sendu dan tangis.
bertitian bisikan kalimah nan suci 
berdoa mudahkan perjalanan
terakhir ini....
berat mata memandang
berat lagi tanggungan bebanan perasaan.
kendati pun sejarah
dosa pahala pasti kan dikira...
bagai terasa keresahan dijiwa mu
bagai terdengar suara meruntun kalbu.
tiada walau sesaga dibawa pergi.
tak berharga puja dan puji.
kala jantung mu bagai laut bergelombang
lemah cengkaman jejarimu di genggaman
betapa sukar untuk kami menerima
tiba detik pasti terpisah di batas masa...


sungguh jauh dikau pergi.
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra dan gurau senda.
ingin kami turut bersama apa daya
kami tak berdaya.
sudahlah memang nasib kami demikian rupa.
kami berdoa agar dikau aman disana
jangan bimbang pada kami yang berduka.

'tapi kalian jangan lupa..
kenang ma dalam setiap doa kalian'
itu yang dikau pinta dari dulu
sewaktu bersama... 





l Dia Takkan Ada Untuk Kalian Lagi l

assalamualaikum...

aku malas nak berbudi bicara..malas nak bermadah bagai...cukup simple entry kali ini...sekadar mahu memohon maaf diatas segala salah silap...antara nampak dan tak...antara sedar atau tidak...aku harap semua akan faham kenapa dan mengapa aku larikan diri...yang mana tak tahu tu harap xperlulah tanya kenapa dan mengapa...cukup aku sorang yang tahu...tak semua masalah aku,aku perlu dedahkan...ada yang patut aku tutup...

buat semua...aku banyak dosa dengan kalian..aku harap jangan la cari aku lagi...teruskan hidup kalian...anggap blog ni tak pernah kalian jejak...anggap blog ni tak pernah wujud akan kehadirannya...anggap blog ni telah di delete....terima kasih yang mana sudi berkawan...terima kasih banyak-banyak...tapi maaf...mungkin saat ini aku tak dapat menerima keikhlasan korang....aku tetap takkan berganjak dengan keputusan aku..terima kasih ya....

aku mendoakan sesiapa yang pernah jengah blog ni,sentiasa dalam keadaan yang sihat dan selamat...aku mohon maaf beribu dan berjuta kemaafkan...jaga diri baek-baek..kesihatan semua jaga ya...aku hanya mampu ucapkan selamatlah dunia akhirat hidup kalian...entry ni bukan la entry terakhir..cuma,ini entry terakhir buat kalian yang pernah berkawan dengan aku...salam sayang untuk semua...

l Awak...Dia Bahagia Ada Awak l

Awak..
Dia tersenyum bahagia..
Kehadiran awak buatkan dia gembira...
Kematangan awak buatkan dia rasa suka...
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka...

Awak..
Awak cukup istimewa...
Dalam diam awak,awak sorokkan rasa kasih pada dia...
Awak muncul hanya sekali sekala...
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda...
Tapi bila tenang,awak raih perhatian dan ajak bermanja...

Awak..
Dia sudah cukup sengsara..
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima...
Senyuman dia sudah lama palsu semata...
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura...
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri sendiri di alam nyata...
Dengan awak , dia bebas biarkan minda bersenggama...


Awak..
Kehadiran awak membawa pelbagai erti..
Dia cuma mampu lega hati...
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati..
Bukan juga atas rasa dendam dengki...
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati...

Awak..
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa..
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata....
Dia pernah  tidur bertemankan sekeping nota...
Dia pernah lepaskan awak demi insan yang awak jaga....
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia...

Awak..
Bila awak datang kembali,dia hanya mahu gembira...
Dalam redha , dia sebenarnya sudah banyak menderita...
Dia hadam erti sengsara...
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa..
Hanya kerana dia mahu awak sedar wujudnya dia berlandaskan cinta...
Bukan nafsu jahat menggila...

Awak..
Pernahkah awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia tatkala dia mengangis luka?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?


Awak...
Ada orang kata dia bodoh...
Dia terima dengan senyuman paling hodoh..
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh...

Awak..
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri...
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati...
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi...
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju MATI...
Hanya awak yang dia mahukan kini...

Awak..
Kehadiran awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa...
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita....
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula..
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka...
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita...
Dia hanya mahukan awak wujud dalam kehidupan dia...
Mendengar penuh setia...
Memerhati dengan tekun guna mata...
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa...

Awak...
Awak jadikan hidup dia bermakna...
Walaupun dalam dia menderita...
Tapi dia tetap akan setia...
Sebab dia mahu hargai cinta...

notatangan : mungkin orang lihat aku senang...dari segi harta dan kehidupan...apa kalian tahu bahawa aku punya hati dan akal bagaikan mau pecah bukan kepalang lagi dengan segala masalah yang melanda... :) hanya mampu tersenyum...biarkan kalian terus tertipu dengan senyuman ini... :)

| Dugaan Oh Dugaan |

17.12.2011

berita paling mengejutkan aku telah kedengaran...ya Allah...apa dosa aku hingga Kau turunkan fitnah sedemikian rupa kat aku ya Allah...apa aku jahat sangat ka di mata mereka semua ya Allah...aku masih ada akal fikiran...masih taw mana baek dan mana buruk..masih boleh berfikiran dengan baek mana Allah yang Maha Mengetahui dan mana perkara yang syirik dan khurafat..

sejahil-jahil aku...takkan sesekali aku sekutukan Allah s.w.t tp kenapa aku dapat fitnah seteruk ni...remuk hati aku dapat mesej seperti itu...hancur luluh...ya Allah..kuatkanlah iman aku ya Allah...Kau sejukkanlah hati aku ya Allah...redakanlah kemarahan yang ada dalam hati aku agar aku tidak membuat tindakan yang bodoh....aku masih ada keluarga yang aku harus jaga maruah mereka..aku masih ada kehidupan yang harus aku teruskan....kuatkanlah semangat aku ya Allah

satu persatu dugaan yang telah Engkau berikan...Tuhan beratnya dosa-dosa ku masihkah ada ampunan buatku.. Tuhan dalam menempuh hidup ni banyaknya dugaan datang menguji..ada yang dapat aku gagahi dan ada yang gagal aku hindari...dosaku menggunung tinggi tapi taubatku xku tepati...rahmatMu melangit luas tapi terlalu sedikit aku bersyukur...kini ku kembali padaMu mengharap maghfirah dariMu..moga kan terampunlah dosa-dosaku...


kalian-kalian..terima kasih menfitnah saya sedemikian rupa...assalamualaikum

I Awak..Kasihanilah Dia... I

Awak.
Kalau awak sudah tidak suka dia, awak boleh pulang.
Biarkan dia pergi dan menghilang.
Supaya awak akan lebih senang.
Untuk berkelakuan jalang.


Awak.
Penipuan awak bukan lagi satu rahsia.
Sudah terang lagi bersuluh, tapi awak masih buat drama.
Awak masih teruskan lagi pelbagai cerita.
Sudahlah awak, tidak pernah mahu berhenti buat dosa?

Awak.
Masih terus mahu berpura?
Bila dia tanya, awak kata awak masih cinta.
Bila dia cuba selidik, awak kata semuanya biasa.
Bila dia sangsi, awak melenting kata dia sudah tidak percaya.
Tapi bagaimana dia mahu yakinkan diri bila segala kebenaran di hadapan mata?


Awak.
Hebat sungguh lakonan atas dunia.
Bila dia menjauh atas urusan kerja, awak berdendang sayang suka ria.
Setiap orang yang datang, awak bawa jalan merata.
Setiap orang yang mendekati, awak tabur duit belanja.
Setiap orang yang berbaik, awak habiskan masa bergembira.
Tapi dengan dia?


Awak.
Dia mahu pertahankan cinta.
Dia kulum rasa sakit demi mencari bahagia.
Dia hadam rasa perit demi mencari gembira.
Dia telan rasa mahu menjerit demi mencari erti setia.
Tapi awak, dia juga sudah penat mahu terus hadapi segala.


Awak.
Curang itu serupa tipu.
Bukan tiada orang yang nasihat dia jangan lagi menunggu.
Dia diamkan sahaja, tanggung hati pilu.
Dia terima segala kata-kata walaupun terselit rasa malu.
Dengan harapan awak akan sedar dan terpaku.
Bahawa perbuatan awak selama ini membunuh dia dalam sepi bisu.
Tapi, adakah awak akan tahu?

Awak,
Bila dia telefon,awak kata suasana belakang hiruk pikuk.
Bila dia hantar pesanan,awak kata awak sibuk.
Bila dia datang jumpa,awak kata dia menyibuk.
Sudahnya dia duduk terpuruk.
Menahan rasa yang menjeruk.
Hati yang sakit sendiri pujuk.

Awak,
Susahkah mahu buka mata,
Bila awak mengadu sesak wang,dia hulurkan duit belanja,
Bila awak mengadu perut kelaparan,dia datang bawa menjamu selera.
Bila awak mengadu masalah,dia sudi menjadi pendengar setia.
Tapi awak masih lagi butakan jiwa.

Awak,
Kalau awak masih ada rasa cinta,silalah berubah.
Dia pastinya boleh terima walaupun payah.
Dia boleh pujuk hati untuk tabah.
Dia boleh hadapi segala susah.
Walaupun hatinya sudah bah.

Awak,
Satu demi satu mula terbongkar,
Tapi dia masih boleh tahan sabar.
Tidak perlu dia susah payah menyelongkar.
Segalanya sudah jelas terhampar.
Bukan bagai mencari jarum di dalam belukar.
Dan dia mula rasakan jiwa semakin hambar.
Kehadiran awak sudah patut ditukar.

Awak,
Awak masih sibuk lagi menipu sini sana.
Dia sudah tahu perbuatan awak serupa celaka.
Tapi dia mahu diamkan sahaja.
Mahu lihat sejauh mana awak mahu terus menduga.
Mahu melihat sejauh mana awak boleh tahan buat dosa.
Mahu melihat sejauh mana awak mampu teruskan sikap tercela.

Awak,
Tunggu nanti sampai satu masa.
Kalau awak tersungkur dulu dia hanya mahu tersenyum sahaja.
Kalau awak masih mengelinjang,dia sendiri akan pergi dengan gembira.
Sebab dia tahu,awak bukan sesiapa.
Bukan sesiapa lagi sejak awak khianati cinta.
Dia cuma tunggu waktu yang sesuai untuk mulakan segala.

Awak,
Masih mahu terus curang?
Dia tidak akan naik berang.
Dia hanya mahu menghilang.
Dan tidak akan lagi mahu mengenang.

| Awak...Thanks Curi Hati Saya |

Assalamualaikum...

Tidak pernah terfikir perasaan INI akan hadir lagi dalam diri,
Pernah dulu ku cuba MEMBENCI,
Namun semakin rasa ini MENGHANTUI,

Tidak pernah terfikir diri ini akan BANGKIT dari kegagalan,
Setiap detik aku menanti satu sinar KEBAHAGIAAN,
Lalu kau hulurkan satu SINAR yang amat dinantikan,

Pahit , tangisan , kepiluan , sentiasa menemani dalam HATI,
Serasa ingin aku luahkan kesakitan yang melanda dalam diri,
Andai kau mengerti perasaan INI :')

KASIH,
Andai semalam dapat aku hentikan setiap detik yang lalu,
Akan aku jadikan itulah memori yang TERINDAH sepanjang hidup,
Keperitan dan persoalan yang bermain di hati,
Telah terjawab dengan satu kesenangan dan ketenangan dalam diri,

RINDU,
Itu adalah satu ketulusan yang lahir dalam sanubari,
Tiada sekelumit rasa di hati itu adalah yang PALSU,
Malah untuk melukakan perasaan ITU,
Tidak sama sekali terlintas di benak hati,

CINTA,
Itu tidak kejam,
Manusia yang jadikan cinta itu rosak kesuciannya,
Jangan dihukum cinta yang lalu pada cinta di masa hadapan,

SAYANG,
Mudah untuk diluahkan,
Namun sukar untuk dibuktikan dengan penuh keikhlasan,
Hati yang tulus dalam mencintai,
Akan MENGHARGAI setiap rasa di lubuk hati,

Selamat datang wahai SAYANG,CINTA dan RINDU,
Selamat datang ke DALAM HATI,
Semoga ia tercapai seperti apa yang DIHAJATI,



jangan biarkan mata aku menangis lagi.... :')

notatangan : setiap bait yang tertulis ada makna tersendiri..hanya insan yang punyai hati akan benar-benar mengerti :)

| Terasa Ada Rindu |

Assalamualaikum...

hurm..now at malaysia...come back for something yang tak dijangka terjadi..ya Allah aku harap semua akan berjalan dengan lancar sekali...maafkan aku..ibarat aku mengabaikan tanggungjawab aku kepada yang telah Kau amanahkan.. :'(

bila sebut pasal amanah...tiba-tiba rindu seseorg..kenapa ya..cukuplah wahai hati...mungkin sebab suda genap sebulan beberapa hari lalu...jadi semakin rasa kehilangan...tapi aku redha...setiap pertemuan tetap ada perpisahan..baek secara terusan atau hanya seketika di dunia..cuma mengharapkam dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..amin ya Allah...

bukan niat aku xnak lupakan dia..bukan niat aku mendera hati aku..dan bukan aku tak cuba untuk lupakan..masalahnyaaaaaaaa aku xboleh..faham?haha bukan xde usaha ok?ckit demi ckit aku cuba...kadang-kadang rasa macam aku da berjaya taw...rasa YES! akhirnya boleh juga..tapi bila tiba masa rindu tu..nauzubillah...semua benda yang aku buat tak menjadi...macam mana ni.. :'(

klik gambar untuk baca lebih lanjut. :))

dah-dah...stop!now aku dengar kat cni kecoh pasal OMBAK RINDU...haha novel dia aku da khatamkan lama da..tapi agak lupa jalan cerita dia...mmg sedih ya amat cerita dia..baca novel pon aku da melalak...inikan tgk movie..huish...mmg meleleh la alamatnya...haha...aku tak tgk lagi..masih ada perkara penting yang harus aku uruskan..movie bila-bila boleh kan?? :)

ok la xde apa yang special hari ni...cuma melepaskan apa yang terbuku dihati ja.. :)) hapy-hapy fren fren... :))