I Awak..Kasihanilah Dia... I

Awak.
Kalau awak sudah tidak suka dia, awak boleh pulang.
Biarkan dia pergi dan menghilang.
Supaya awak akan lebih senang.
Untuk berkelakuan jalang.


Awak.
Penipuan awak bukan lagi satu rahsia.
Sudah terang lagi bersuluh, tapi awak masih buat drama.
Awak masih teruskan lagi pelbagai cerita.
Sudahlah awak, tidak pernah mahu berhenti buat dosa?

Awak.
Masih terus mahu berpura?
Bila dia tanya, awak kata awak masih cinta.
Bila dia cuba selidik, awak kata semuanya biasa.
Bila dia sangsi, awak melenting kata dia sudah tidak percaya.
Tapi bagaimana dia mahu yakinkan diri bila segala kebenaran di hadapan mata?


Awak.
Hebat sungguh lakonan atas dunia.
Bila dia menjauh atas urusan kerja, awak berdendang sayang suka ria.
Setiap orang yang datang, awak bawa jalan merata.
Setiap orang yang mendekati, awak tabur duit belanja.
Setiap orang yang berbaik, awak habiskan masa bergembira.
Tapi dengan dia?


Awak.
Dia mahu pertahankan cinta.
Dia kulum rasa sakit demi mencari bahagia.
Dia hadam rasa perit demi mencari gembira.
Dia telan rasa mahu menjerit demi mencari erti setia.
Tapi awak, dia juga sudah penat mahu terus hadapi segala.


Awak.
Curang itu serupa tipu.
Bukan tiada orang yang nasihat dia jangan lagi menunggu.
Dia diamkan sahaja, tanggung hati pilu.
Dia terima segala kata-kata walaupun terselit rasa malu.
Dengan harapan awak akan sedar dan terpaku.
Bahawa perbuatan awak selama ini membunuh dia dalam sepi bisu.
Tapi, adakah awak akan tahu?

Awak,
Bila dia telefon,awak kata suasana belakang hiruk pikuk.
Bila dia hantar pesanan,awak kata awak sibuk.
Bila dia datang jumpa,awak kata dia menyibuk.
Sudahnya dia duduk terpuruk.
Menahan rasa yang menjeruk.
Hati yang sakit sendiri pujuk.

Awak,
Susahkah mahu buka mata,
Bila awak mengadu sesak wang,dia hulurkan duit belanja,
Bila awak mengadu perut kelaparan,dia datang bawa menjamu selera.
Bila awak mengadu masalah,dia sudi menjadi pendengar setia.
Tapi awak masih lagi butakan jiwa.

Awak,
Kalau awak masih ada rasa cinta,silalah berubah.
Dia pastinya boleh terima walaupun payah.
Dia boleh pujuk hati untuk tabah.
Dia boleh hadapi segala susah.
Walaupun hatinya sudah bah.

Awak,
Satu demi satu mula terbongkar,
Tapi dia masih boleh tahan sabar.
Tidak perlu dia susah payah menyelongkar.
Segalanya sudah jelas terhampar.
Bukan bagai mencari jarum di dalam belukar.
Dan dia mula rasakan jiwa semakin hambar.
Kehadiran awak sudah patut ditukar.

Awak,
Awak masih sibuk lagi menipu sini sana.
Dia sudah tahu perbuatan awak serupa celaka.
Tapi dia mahu diamkan sahaja.
Mahu lihat sejauh mana awak mahu terus menduga.
Mahu melihat sejauh mana awak boleh tahan buat dosa.
Mahu melihat sejauh mana awak mampu teruskan sikap tercela.

Awak,
Tunggu nanti sampai satu masa.
Kalau awak tersungkur dulu dia hanya mahu tersenyum sahaja.
Kalau awak masih mengelinjang,dia sendiri akan pergi dengan gembira.
Sebab dia tahu,awak bukan sesiapa.
Bukan sesiapa lagi sejak awak khianati cinta.
Dia cuma tunggu waktu yang sesuai untuk mulakan segala.

Awak,
Masih mahu terus curang?
Dia tidak akan naik berang.
Dia hanya mahu menghilang.
Dan tidak akan lagi mahu mengenang.

1 comment: