Awak....Janganlah Terlampau Mengikut Kata Hati

Awak...saya tengok awak dah macam mayat hidup...beza awak dengan cerita arahan Mamat Khalid yang penuh dengan satira nasional itu adalah awak mungkin masih penuh dengan lukisan diwajah...Mungkinla...

Awak...awak kata awak dah bole lupakan dia...tapi kenapa setiap hari awak tulis macam-macam pasal dia...Betapa awak mengharap si dia kembali ke sisi awak...Hingga membuatkan saya tertanya-tanya...Adakah cinta membuatkan manusia hilang rasa malu juga?

Status & segala penulisan awak tentang si dia membuatkan ramai yang melemparkan kata-kata kononnya awak sudah bagai melukut di tepi gantang...Saya hanya diam...Awak yang mulakan...Awak terpaksa terima...

Status 1 :
Tadi main telefon...ternampak nombor dia...rasa macam nak telefon...

Status 2 :
Hantar SMS tapi dia tak balas...dia sibuk agaknya...

Status 3 :
Penat tunggu dia balas...dah berapa jam ni...?rasa geram...

Status 4 :
Yeah ! dia balas...walaupun satu huruf sahaja "K"..

Status 5 : 
Nak peluk hadiah yang dia bagi sebelum berpisah...rasa macam nak nangis je...

Antara status awak...saya hanya mampu membaca & berdoa agar cepat pulih...

Status Bekas Kekasih Awak :
Hari ni nak keluar dengan ( nama kekasih baru ) 

Status Awak :
Rindu dia sangat-sangat...

Sekejap lagi telefon saya berbunyi...menandakan awak telefon...awak dihujung talian dengan suara yang jujur sedang menahan sebak...

Nia : kenapa kau?
Dia : takde pape...

Nia : cukuplah
Dia : eh...dia cintakan aku lagi...

Nia : dia dah ada kekasih baru tu...
Dia : dia milik aku selamanya..
Nia : buka mata kau...jangan bermimpi lagi...
Dia : tak...dia memang milik aku...
Nia : kau je yang rasa macam tu...kisah kau dan dia dah lama berakhir...
Dia : tak..kami masih pasangan kekasih...
Nia : cukuplah kau cederakan hati kau sendiri...
Dia : kau tak faham ! dia milik aku..aku masih milik dia...
Nia : kau nak tunggu sampai bila? sampai dia kahwin ?
Dia : Sampai dia datang balik pada aku...
Nia : hurm...

Adakah kau fikir aku boleh lindungi kau tiap kali kau ada masalah?

Dia datang balik...
Awak gembira..macam nak pecah sistem kepala dengan jeritan & laungan kegembiraan awak...saya memandang dari tepi...apakah itu yang awak mahukan? dia kembali dalam masa yang sama dia ada yang lain?

Dia : Kan aku dah kata dia akan datang balik pada aku...
Nia : lepas kau merayu gila-gila...
Dia : tak kisahlah,dia dah jadi milik aku semula..
Nia : dia ada kekasih baru..
Dia : Aku tak kisah..asalkan dia jawab call aku..balas SMS aku...dan cakap I LOVE U..
Nia : benda tu semua aku boleh buat...
Dia : ( ketawa ) lainlah...
Nia : ikut suka kau lah...
Dia : kau akan doakan aku?
Nia : sentiasa
Dia : percayalah aku akan bahagia..
Nia : moga-moga

Dia : nia,dia lambat balas SMS aku...kenapa agaknya?
Nia : nak dengar pendapat negatif atau positif?
Dia : biar aku jawab sendiri..sibuk kot...
Nia : ya ke?
Dia : dah lama tak SMS , dia xboleh biasakan diri kot...
Nia : Terpulanglah...


Awak...dengar apa yang saya cakap?saya cuma nak awak bahagia...
sebab awak kawan saya...
itu sahaja...


notatangan : cinta itu memeritkan...ops kawan sy perempuan ya.. :)

1 comment: