" GoOd DuDeS dEsErVeS gOoD bAbEs "


Ni kisah aku dan si dia
Aku yang menunggu dan si dia yang entah di mana
Kisah aku yang sanggup jadi hati konkrit semata-mata sebab dia
Dan kisah dia yang mungkin sedang mencari aku atau mungkin juga telah tiada

I’m just another typical human being with typical way of life having a typical sort of routines. Ala-ala lagu yang kita belajar masa tadika dulu…bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi pakai baju minum susu pergi kuliah baca buku...(best perform kalau u all humming sendiri). Hari ni holiday (bg aku laa). So rutin aku beza sikit dari hari-hari biasa. Nak-nak lagi kalau kena holiday yang bukan weekend. Kalau weekend tu ada gak aktiviti…ronda-ronda JB ke ape ke kan…Disebabkan bored.to.death.disease yang melanda, aku ingat nak keluar ambik fresh air even la JB ni kualiti udaranya boleh tahan broken. Dah siap2 sekadarnya dan yakin sang MYVI kesayangan aku berada pada tahap memuaskan aku pecut keluar dari taman perumahan tempat aku dilahirkan dan huni hampir 21 tahun lebih. Tiba2 aku teringat my twin nephew kat masai. Umi diorang merangkap sepupu sekali aku mesti ada kt rumah je pun. So, aku ambil keputusan utk menjenguk ke sana. Lagipun rindu amat dah kat makhluk cinonet dua orang tu. 

Pendekkan cerita………

Sampai taman perumahan masai
Park my sang MYVi
Ketuk pintu
Greetings…salam2…peluk2
Bergumpal dengan si kembar

“ngah…bila nak kawen?”

Warrrkkk!!! Soalan apakah itu? Si abang yang aku suap bubur dari tadi terjegil matanya sebab aku tersuap bubur kat hidung dia. Hehe, sorry abang…cikngah tak sengaja. Ternyata soalan tadi cemerlang membuatkan aku jatuh rahang dan hilang punca barang beberapa detik. Padahal soalan tu biasa je kan? Tapi entahla, bila orang tanya aku bab yang satu ni cepat je aku melatah. Mcm alergik! Senyum getah aku tampal kt bibir…”lambat lagi kut kak…alang2 kejar masa depan dulu” sesi menyuap si adik pula berlangsung. Cousin aku mengangguk tanda faham. Even I know that she know yang itu adalah jawapan cover semata2. 

“dah ada calon?”

Aiseh…apakata kita tangguh majlis mari.bincang.pasal.jodoh.aku dgn tasbih kafarah dan surah al-‘asr…Dengan hormatnya aku menggeleng…still smiling. Senyum getah tu dah kering kut…

“ni mesti kes angah jual mahal, ye tak…?”

Erkk? Habis nak kena jual murah ke?....aku bungkam….diam….a.k.a malas nak fikir. Atau buat2 tak mahu fikir? E’eh…semangatnya si adik makan. Padan lah bulat mcm yokies…hehe.

“akak dah anak 3…angah calon pun belum wujud.da elok-elok tunang,putus. Jangan memilih sangat, ngah…tak elok”
FYI, cousin aku ni sebaya dgn aku. Beza bulan jek. Tiba2 hati aku jadi bengkek semacam. Tipulah kalau aku cakap aku tak nak kawen. Sangatlah hipokrit kalau aku cakap aku tak pernah rasa nak bercinta. Teramatlah bohong kalau aku cakap aku tak cemburu langsung kat member2 yang dah selamat kawen siap beranak pinak. Dan terlalu kejamnya aku kalau aku menafikan hak hati dan perasaan yang selama ni mintak diisi….!

Like I mentioned before…I’m just another typical human being. Maksudnya aku pun ada perasaan mcm orang lain jugak. Nak jugak bercinta. Teringin jugak ada couple. Tapi aku takut ya amat! Takut aku tak mampu nak tanggung cinta yang belum sah milik aku. Takut aku kalah dengan nafsu. Takut aku terbuai dlm cinta manusia dan terabaikan cinta DIA yang mencipta aku. Takut aku lupa diri. Takut…takut ya amat!dan aku takut aku KECEWA untuk kesekian kalinya.. :'(

KENAPA???

Aku admit, aku tak memilih. Bukan aku sombong ke apa…aku tahu bila2 masa aku boleh diuji. Tapi nak cakap, susahnya nak menjaga hati. Bagi aku, the true meaning of love is when you can freely be yourself around him/her and he/she will kindly accept you just the way you are. The true meaning of love ialah bila kita kekal ingat tuhan dan tahu siapa cinta kita yg utama. The true meaning of love itu bila masing-masing sanggup mujahadah dan sabar walaupun setan attack gila2 (dah memang tu kerja dia). The true meaning of love pada aku ialah bila aku terusan menjaga diri dan setia menunggu dia… aci tak camtu?

So…aku merelakan diri untuk terus single dan hanya akan berCINTA dgn my future official hubby. Kat mana dia sekarang aku tak tahu. Yang aku pasti, aku harus menjaga diri aku untuk dia. Hanya dia. Dan selama-lamanya dia so that dia tak rugi apa-apa bila dapat aku. Aku tahu dia tengah cari aku jugak tu ::blushing:: hehe…cepatlah datang, orang dah tunggu lama ni (^^,)…tapi kalau takdir aku sendiri je sampai bila2, aku redha. Mungkin tu yang terbaik untuk aku. Coz I put all my trust in YOU my dear God…yes i sure do...

" GoOd DuDeS dEsErVeS gOoD bAbEs "
"walau dalam hati aku menyayangi seseorang yang tak mungkin aku miliki...kebahagiaan dia keutamaan aku"

2 comments:

  1. Saket itu sementara , pengajaran nya untuk selama nya. :) Jodoh itu misteri , Jodoh itu rahsia Allah. Hope you cepat bertemu jodoh :) amin.

    ReplyDelete