Maaf..aku bukan benci lelaki, tapi aku takut terjerat lagi..

Maaf..aku bukan benci lelaki, tapi aku takut terjerat lagi..
Oppps!! Statement tersebut mesti buat para lelaki bikin panas. Owh itu bukan maksud saya.

Entry kali ini saya nak memberitahu, saya sangat fobia untuk jadi setia, memberi sepenuh hati pada lelaki, untuk menyayangi seorang lelaki. Saya bukan budak-budak lagi. Saya dah 22 tahun. Mencari teman bukan untuk dijadikan BOYFRIEND(end, boleh membawa mksud? Pk kan lah) tetapi saya mencari calon suami.


WAH ANDA MASIH MUDA..! itu untuk kata-kata orang yang memandang, usia 22 tahun masih dalam proses ‘enjoy’. Tidak bagi saya, jika seusia 22 tahun masih mahu mempermainkan hati orang, bercinta macam budak-budak sekolah.Mata bengkak sebab mengalirkan air mata di tinggalkan kekasih. Orang cakap bodohnya dia. Put ur self in our shoes.. berbalik pada tajuk, yer saya tak membenci lelaki.. awak. Sebab saya ada abang, saya ada adik lelaki, saya ada ayah. Saya hormat mereka. Saya pernah nasihat pada abang saya, jangan mempermainkan hati perempuan.


SEBAB ape? Sebab saya juga perempuan. Balasan tuhan kita tak tau.Allah itu maha adil. Saya takut untuk memandang lelaki sebab saya takut hati saya berpaut, dan buat saya jatuh cinta. Terjerat, bercinta dan di lukai kembali.PEDIH..SAKIT..TERLUKA..



Maaf sebab jika seseorang buat saya jatuh cinta, sepenuh hati saya akan berikan. Jadi jangan cuba-cuba mendekati saya. Saya takut, saya terjatuh cinta, dan saya menyayangi sepenuh hati.

  • Saya tak memandang pada rupa, tapi saya akan terpikat pada gaya yang memikat. Kene cara, pasti saya terikat.
  • Saya tak memandang pada harta, sebab saya perempuan punya kudrat diri, saya tidak mahu terhutang budi, sampai saya jadikan hati saya sebagai pengganti.CUKUP!
  • Saya tak memandang kopiah atas kepala, sebab setiap orang boleh berubah kalau kena cara, apa-apa bermula di hati yang nyata. 
  • Perasaan usah di paksa, kelak menjadi cinta binasa, sebelah hati menjadi mangsa, tak keruan bikin jadi gila. 
‘Cinta bila sudah terjerat sangat susah untuk di lepaskan’. Ibarat rusa di jerat pemburu. Andai jerat itu kukuh, kadang-kadang boleh melukakan rusa, berdarah, sakit.. kalau tidak sempat di selamatkan, rusa itu boleh mati,andai berhari-hari jerat itu di biarkan. Andai rusa itu hidup, pasti dia sengsara, sebab menunggu masa hendak di panggang! Ouchh!!sakit.. !Begitu juga dengan cinta.





Ya Allah, sengsara hidup kerne cinta. Beruntung lah sesiapa yang setia dengan cintaMU, sebab pasti kebahagian menanti.. kerne Kau tak pernah mengecewakan hambamu.Ya Allah, izinkan aku..mencintaiMu sepenuh hati..(betapa rendah nya diri ini ku rasa diri ini di mata Mu. Ya Allah..aku meminta cinta aku kembali, meminta cinta dunia yang tidak pasti, tapi aku harap keajaiban, JODOH & PERTEMUAN, rezeki sentiasa menyebelahi ku.)


******* Buat insan 'di rahmati pemberianku'

[ya, awak memang baik, saya hormat pada kejujuran awak, saya menunduk memalu di atas perbuatan saya, saya akui, awak lelaki terbaik yang saya pernah kenal.. tapi sayang, memang jodoh kita xpanjang. Buat masa ini saya masih menyayangi awak. Tapi, izinkan saya pergi. Mencari ketenangan, yang sememangnya hanya padaNya saya memohon.

Maafkan saya kerne terlalu mendesak, terlalu memikirkan diri sendiri.(hati saya kebingungan, kenapa perlu hilang perasaan itu,mana ‘di rahmati pemberianku’ saya yang dulu.) Maaf, saya tidak bisa menjadi seorang kawan, teman atau sahabat, sebab saya masih mencintai kamu.]

Merah itu sexy untukku, 

biru itu pujaan hatimu,

september itu cinta bersatu, 

january itu berputik rindu, 

oktober itu masih ku tunggu walau april sudah berlalu. 

Maaf june, aku membenci mu.. 

ramadhan ati ku sebu, tetapi hikmahnya hanya Engkau yang tahu. 

Mod: merindu. Buat saat ini, ketika ini, saya masih mencintai kamu.

Aku ada mata,tapi aku mampu MENUTUP MATA untuk TIDAK melihat apa yang terjadi. Aku ada telinga,tapi aku mampu PEKAK-KAN TELINGA untuk TIDAK mendengar perkara yang telah di perkatakan. Tetapi aku punya HATI yang TIDAK MAMPU menahan rasa SAKIT di hati :')

siapa SAYA dan siapa DIA tolong JAWAB !!!






No comments:

Post a Comment