F.R.A.K.T.U.R - T.E.P.A.T.I.K




Happy 1 year old Md Rezky Ryan aka budak botak.. Mama love & miss you soo much!... I really looking forward to meet you & spent time together.. Wait for my free day k.. May you always remember me.. Cos no matter where ever you're,mama never ever forget you even for 1 sec.. I really miss those time when you knocking on my door crying searching for me, whenever u saw me infront of the toilet you will follow me if not u will stand infront of the toilet door cryin waiting for me.. Everything we do it together , even when it comes to sleeping time.. You can feel whenever im not beside u when u are asleep.. How i wish you're infront me right now , hugging kissing & play with you.. Mama really miss you badly lil boy:') we will meet pretty soon!.. Im looking forward.. two child make me fell good.

Awak..
Ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua..
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal , awak cuma nampak permukaan jiwa saya..
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak..

Awak berdiri di luar hati saya,
Awak ketuk perlahan-lahan,
Awak datang setiap masa , setiap hari,
Awak tanya , bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya..

Awak datang setiap hari, 
Sehingga saya kehilangan diri..
Awak marah-marah saya..
Awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak..
Tanpa perlu berusaha..
Saya termangu..
Saya dalam hati awak , jiwa awak ?
Awak merayu...
Berikan awak kunci , kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam..

Saya berikan awak kata laluan...
Awak buka dengan perlahan..
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal disitu..
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya..
Lembaran demi lembaran awak baca..

Awak...
Bila tiba halaman yang sukar untuk difahami..
Mengapa awak berdiam diri??
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya , tuan punya diri??

Awak..
Hati yang awak masuki adalah hati saya..
Kamus yang awak perlukan adalah saya..
Awak..
Adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

Awak..
Hidup saya selama ini ada tiga warna..
Putih , hitam dan kelabu..
Putih apabila saya menikmati hidup gembira bersama awak..
Hitam bila saya menikmati saat duka bersama awak...
Adakah hidup saya perlu kelabu bila tiada lagi kemesraan antara kita berdua??




nota :

didalam drama atau filem CINTA itu nampak sempurna kerna ia ditulis oleh penulis skrip, tetapi realiti kita yang mencorak perjalanan cinta itu kitalah penulisnya jadi hargailah pasangan kita, ikhlas dengannya, jujur selalu, percaya padanya dan setia walau beribu menghampiri ♥

No comments:

Post a Comment