Tingginya Ego Sang Lelaki :)

WHAT?? lelaki EGO?? For me YES!!! lelaki memang ego..tapi....ego lelaki ni banyak part taw..hihi...sebelum wat entry ni...merata tanya orang pendapat tentang ego lelaki...haha....nak buat sesuatu kena research rite??so that what i do n my conslusion is LELAKI EGONYA TINGGI!

ANTARA EGO LELAKI SEPERTI INI :

  • EGO UTK MENGAKU KESALAHAN
    Ops..betulkah wahai lelaki-lelaki diluar sana bahawa anda seperti yang saya perkatakan ini??mengaku la ek...sesetengah lelaki egonya tinggi hingga semua kesalahan sendiri tak nak mengaku..aduhai da mmang sala korg kena la mengaku oke??xkan nak letak kesalahan korg kat kiteorg perempuan ni??haaa so fkir2 la kadang-kadang anda-anda-anda lelaki ni kena jugak turunkan ckit ego korg tu demi kami-kami-kami ni...bukan hilang pon macho kalian kalau mengaku kesalahan..sebaliknya kami-kami-kami semua ni rasa ya Allah terharu gler akhirnya kamu-kamu-kamu nak jugak mengaku kesalahan..kan lebih senang...tak la masalah jadi lebih complicated rite??

  • EGO DALAM PERCINTAAN
      Uolls ego yang ni terbahagi kepada dua part taw...so check it now... :

- EGO MENGAKU SAYANG 
da kalau korang sayang kami-kami-kami ni..juz say it jangan nak tinggi sangat la ego tu..tak kemana...bila kiteorg ni da hilang baru nak mencari??baru nak mengaku sayang bagai??aduhai..sedar tak bila sikap korg mcam ni secara tak langsung kteorg akan fkir korang ni xsayangkan kiteorg..sebab lumrah manusia kan??kite xbole baca hati manusia..macam tu la kiteorg..gagal baca hati kalian if kalian ego nak mengaku sayang...renung2la...jangan sampai org yang anda sayang hilang hanya sebab ego korg tu.... !

- EGO UTK MELEPASKAN 
yang ni paling xsuka...hurm...da kalau korang da xsuke kiteorg ni...gtaw la..jangan simpan kiteorg utk jadikan koleksi hidup korang...korang sedar tak perangai mcam ni korg da seksa hati n prasaan kteorg??da xnak..lepaskan laa...jangan la ego...konon baru lelaki laa ek permaenkan perasaan kteorg??couple atas dasar nama ja??pergh memang kiteorg ni xde prasaan ya??aduh...ples..turunkan ego anda demi kami...jujur dengan perasaan sendiri..andai kiteorg xde dalam hati korang...gtaw betul2...kami terima kot... T_T



  • EGO DALAM MENERIMA TEGURAN DAN KEPUTUSAN
     Korang susa sangat nak terima teguran orang laen atas kesalahan korang kan??kenapa ek??rasa jatuh air muka ka??rasa jatuh maruah ek??belajar la terima orang laen pya opinion...jangan la nak kami ikot korg ja..xadil la kan??so be fair la..if kamu sala..kami tegur,,if kami sala...kamu tegur..kan elok macam tu??ni x...nak jugak menang..konon ketua la kan??

Conclusion...
ego xbawak kite kemana-mana..malah merosakkan kite...dari segi life..pekerjaan ke...atau perhubungan..jadi..dengan rasa rendah diri dalam hati bole mengawal ego kite ni..renung-renungkan la.. :)

Entry Terakhir :'(

mungkin saja ni kata-kata terakhir sebelum semua bermula..
sebelum semua terjadi... sedia maklum my mum was sick at all.. :'(

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki, selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
X adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
X adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan
Sekadar perkongsian bersama
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi~


benar kan kata-kata ni??
kehidupan adalah satu teka teki..
yang mana google 
pun xbole nak jawab..
yeah rite..
dan disebabkan teka teki itu..
aku telah mengambil keputusan dan risiko nya pon tinggi...
aku xpena terfikir ini smua bakal terjadi lagi-lagi diusia aku yang baru 21 tahun ni...
demi kasih sayang...
aku pertahan kan apa yang bole..
korbankan apa yang mampu...
moga dengan pengorbanan aku ini,
insan yang aku sayang bakal tersenyum girang.. :)

selama menghilang..jangan di tanya kemana...mengapa..dimana..
biakan aku..
:)
selamat tinggal...insyaAllah kalau umo panjang..aku contact blik kawan-kawan aku... :'(

Just Broken


knapa hati ni macam terasa ja sekarang...knapa macam terbiar...kalau apa yang disampaikan melalui mimpi itu benar,aku mohon Kau tunjukkanlah kebenarannya sebelum aku tersasar jauh ya Allah... :(

cousin said : let what we think that not meant to us...kau kena hadapi kesakitan  untuk kau dapat kebahagiaan...
bagi aku : kesakitan yang aku hadapi belum boleh menjanjikan kebahagiaan...belum menjanjikan senyuman yang akan terukir di bibir ini...terima kasih saudara ku..walau kata-katamu aku xdapat terima dek akal...tapi sedikit sebanyak aku dapat semangat untuk teruskan apa yang telah aku mulakan... :') walau dengan senyuman yang hambar... 

kakak said : adik harus ikhlas terima segala dugaan...
bagi aku : telah adeq terima segala qada' dan qadar..tapi kenapa semakin memberat...kenapa seakan semakin sempit laluan yang bakal adeq tempuhi... :( seakan tak kelihatan siapa disekeliling adeq yg bakal dan sanggup menghulurkan bantuan apabila adeq tersungkur jatuh dan tak mampu bergerak....

abang said :  pasti ada HUKUM KARMA. TUHAN itu ADIL.
bagi aku : kenapa orang yang jahat lambat dapat balasan sampai menyakiti dan menyebabkan hidup kita merana...adeq xsekuat mana...abg...knapa dia sanggup buat macam tu...knapa adeq?knapa xorang laen ja yang kena... :(

abah said : kesabaran tu kunci kehidupan...
bagi aku : apa yang aku TAHU, aku buat TAK TAHU jer. terbuku jer PENDAM. biarlah orang sangkakan aku BODOH! tapi sekurang-kurangnya aku tahu PERKARA sebenar. tapi tak apa, KESABARAN masih ada lagi dalam DIRI ini. aku malas nak BERTANYA tapi kalau kau RASA kau orang yang JUJUR pada diri sendiri, kau TERUS TERANG lar. jangan cari KESALAHAN orang lain, sebaliknya kenal ERTI kesalahan diri sendiri dulu. kalau aku BERSABAR, orang tak PANDANG, sekarang, kalau aku TAK NAK BERSABAR pulak camne??

fren said : * ada pnipuan ada kebenaran.. ade yg btul ade yg slah.. ade yg bleh pcaya ade yg x bleh pcya.. ade yg jahat ade yg bek.. dlm kburukn ade kcntikn dlm kcntikn ade kburukn.. x sume org kite bleh pcya.. dlm sribu ade satu dlm spuluh ade satu dlm satu mgkin itoo lah satu2 nya.. ♥

konklusi... : hati ni da xbole nak bertahan...hati ni da hancur sangat-sangat...kalau lah ditakdirkan semua bole tgok...aku tak tahu la apa rupanya... :( bia la aku pendam hal ni sorang-sorang...sedih aku siapa tahu...aku senyum tapi hati aku hanya Allah yang tahu...

‎1 universe , 8 planets , 204 countries , 809 islands , 7 seas , 6 billion people ,,,
Tell them I was happy and my heart is broken all my scars are open. tell them what I hoped would be
impossible... :')

What??


tangan shaya... :'(
sob sob
hurm
nk cantek kunun..cucuk2 tangan ... bg gebu.. ini kesannye..

Menyesal Kahwin





Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak.

 Haisshh.Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas).

Skarang… hehehe.Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta.Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat.Boleh la abang bangun awal-awal pagi.Then kita solat Subuh sama-sama..Tapi kalu abang tak bangun gak,ayang cubit je pehe abang.abang xkan murka.Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta.Terima kasih kerana jaga makan minum abang.Tengok skarang abang da nak gemok da.Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..Ke memang nak abang jadi gemuk ni?Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?Jangan bimbang atau ragu okeh,Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta.Terima kasih kerana tolong iron baju abang.Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju.Jangan risau la nanti abang potong rambut..Skarang abang dah tak selekeh macam dulu.Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang.Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!






p/s : sejuk hati andai dapat yang menghargai macam ni... :) aku mampu baca...dapat mungkin tak kerana hayatku.. :')

Syukur , Terima Kasih , Kecewa

Assalamualaikum...

hurm tajuk ada 3 rasa...da macam masakan da rasanya siap ada 3 rasa bagai...hahaha....tapi ini bukan masakan..ini 1 kenyataan...itulah yang aku rasa sekarang..

SYUKUR :
syukur alhamdulillah keputusan yang aku perolehi amat2 lah memuaskan hati...terima kasih ya Allah Kau masih memberi kesempatan kepada aku untuk teruskan apa yang telah aku mulakan....aku xkan sia-siakan peluang yang ada... :) 

TERIMA KASIH
terima kasih kepada yang sudi mendoakan hal itu...terima kasih ma n abah sebab slalu ada disamping ankmu ini walau dalam apa jua keadaan sekali pon...terima kasih yang tak terhingga.... dan terima kasih kepada someone yang telah buat hidup aku mcam ni...akan aku kenang sampai bila-bila...aku doakan kau akan rasa apa yang telah kau lakukan terhadap aku ini...bukan aku minta...tapi dalam dunia ni...what u give,u will get it back...HUKUM KARMA..Allah akan bayar cash!no credit card,no installment,no need down payment maa...if Allah nak balas kejap sangat2...so be careful... < sapa lar yang buat kan3??bia lah rahsia ~ >

KECEWA :
bila aku dapat taw sesuatu...bila aku dapat taw akan hal ni...tiba2 air mata aku mengalir...kenapa ckit kau tak pernah rasa bersalah?sedangkan kau taw apa yg telah kau lakukan...sakit hati ni tak terkata...apa salah aku ya sampai dia sanggup lakukan hal sedemikian rupa?aku ada sakitkan hati kau ka?aku doakan semoga apa yang kau buat dan apa yang kau pilih itu yang terbaek...aku xnak bermusuh...aku xnak berdendam...cukuplah apa yang kau da bagi aku rasa ni..demi Allah perit sangat2...mungkin kau tak tahu aku da taw semua tapi....aku takkan bermasam muka dengan kau...aku takkan balas sebab bukan itu diri aku...aku kecewa dengan sikap kau...siyes babe...aku doa kau berubah la...berubah demi kehidupan kau..berubah demi family dan insan yang kau sayangi...jangan sampai apa yg kau da lakukan kat aku,kau ulangi n terkena kat orang2 yg kau sayang...fikir2 la...aku xberniat nak kau merayu minta maaf ckup sekadar kau sedar akan kesalahan kau.itu sudah memadai...buat sekian kalinya,aku menangis... < bialah rahsia siapa n kenapa...hati menangis siapa tahu >



notatangan : ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan...berikanlah aku secebis ketabahan dan tahap kesabaran yang kukuh...ampunilah segala dosa-dosa aku Ya Allah..ampuni dosa kedua ibubapa ku..dosa adeq beradeq ku.dosa anak aku serta dosa orang keliling aku.ampunilah dosa-dosa orang yang membenci dan menyakiti aku ya Allah...berikanlah hidayah dan petunjuk serta kesedaran kepada insan-insan yang menganiaya aku ya Allah...

Rindu, Ditinggalkan... :'(

Assalamualaikum...
hurm xde mood sebenarnya nak buat apa-apa hari ni..sebab buah hati nak tinggalkan aku 5hari kot...ya Allah kuat kah aku??boleh kah aku hadapi??rindu kot...mana pena kena tinggal time berbaek..memang tak sama masa gado dengan masa berbaek mcam ni...rindu,rindu,rindu... :'(

13hb oktober 2011 
tarikh aku dihadapkan ke mahkamah...tp orang yang aku sayang plak xd kan??semangat rasa melayang je..tapi aku kna kuatkan semangat..so nak kuatkan semangat kenalah tengok-tengok muka anak aku...bole ke??dapat ke semangat mcam masa dia ada??aku bole la!nia kuat kan??nia bole kan ketepikan sekejap hal hati demi anak sendiri??bole!insyaAllah....aku harap keputusan berpihak kepada aku...moga-moga Allah masih memberi kesempatan untuk aku menjaga dan terus merawat PUTERI NUR WIDAD sebagai anak aku dunia akhirat walau dia tak dilahirkan dari rahim aku sendiri tapi kali pertama aku lihat gambarnya dalam fon aku masa ibu sebenarnya hantar,sumpah terus terpaut sayang dan entah dari mana aku pesan pada maknya,jaga dia sebaek mungkin sebab aku sayangkan dia... dan sebab sayang kan dia la aku mengambil keputusan untuk menjadikan dia sebagai anak aku walau hanya anak angkat.dengan izin Allah,aku mendapat kebenaran dari pihak JKM johor bahawa kuasa menjaganya diserahkan kepada aku...dan seandainya pihak lelaki ingin mengambil dia,pihak JKM akan membantu aku..sebab aku telah diberikan hak.. :)

tp.....dalam aku sibuk berperang dengan kes ni,orang yang aku sayang pula yg xbole beri aku support.rasa jatuh sekejap...tp aku akan ingat segala pesan-pesan yang telah diberikan..insyaAllah semua akan selamat...
ya Allah,Kau selamatkanlah dia semasa dia menjalankan tugasnya...selamatkan perjalanan pergi dan baliknya ya Allah...Kau berikan kesihatan yang stabil kepadanya sehinggalah dia kembali..jangan lah Kau menurunkan kesakitan kepadanya semasa dia menjalankan tugasnya... :(

b...ayg tunggu b...5hari xlama kan b cakap?tp bagi ayg lama... :( b xlupa ayg kan? b xbole tinggal ayg...b kena ingat widad...ya b??b...macam mana kalau ayg rindu b..lama b..walau bg b xlama...gonna miss u badly la b..b keje baek2 ya..hati-hati masa keje...jaga kesihatan semasa keje..jaga keselamatan semasa keje...jangan lupa ayg n widad ya? :'( b xnak ayg sedih-sedih kan?tapi ayg da nangis...maafkan ayg.. :'( ayg xnak b g,tapi b kena g kan?hurm...


da-da...asyik sedih2 je...bia la aku sedih orang laen bukan ambil taw pon....hurm semalam da siap design 1 kad kahwen...permintaan zulaika binti ismail punya penangan...katanya taknak yang mcam kat kedai..nak different...so hasilnyaaaa

haha nasibla kalau xcantik..aku bukan designer pon...
aku accountant...

notatangan : sedih aku tak siapa tahu... :')