B.I.L.A-H.A.T.I-B.E.R.B.I.C.A.R.A

Awak...
Sudah masa untuk buka mata..
Awak dan dia patut duduk bincang bersama..
Apakah kebaikan dalam meneruskan hubungan bersama?
Apakah dengan berpura-pura tabah dapat selesaikan segala?
Apakah senyuman dan lakonan sudah tidak bermakna?
Demi kasih sayang yang masih tersisa...

Awak..
Kisah jiwa penuh suka duka...
Terkadang awak melebihkan keluarga...dia boleh terima..
Lagipun itu tanggungjawab yang sangat berharga
Bahkan dia sememangnya bangga..
Sebab awak mampu buat semua...
Sehingga awak buang dia..
Ah..dia bagaikan mahu gila...

Awak...
Kisah jiwa penuh cerita..
Awak melebihkan kawan daripada dia..
Ada perihal penting...
Kepentingan dia awak lupa...
Padahal perihal itu yang bakal menentukan hubungan awak dan dia...
Anehnya awak tidak rasa apa-apa...
Sekadar suruh dia redha dan bersabar sahaja...
Ah dia sudah nanar bagai putus nyawa...

Awak..
Kisah cinta setiap manusia berbeza..
Dia sedar itu semua...
Dia tunggu awak setiap hari untuk meluangkan masa..
Tapi awak tidak muncul seperti yang awak sudah pasang kata...
Awak keluar dengan rakan lain bagaikan dia tidak ada...
Awal kata itu semua kawan sahaja...
Tapi awak mainkan peranan menggoda..
Dia risau,apakah layanan yang seorang kawan patut terima?
Hatta dia sebagai kekasih tidak merasa...

Awak...
Kisah semua orang tidak sama..
Awak jadikan dia sebagai medan tunjuk kuasa...
Tersilap sedikit,dia menerima binasa..
Kata-kata awak hayun bagaikan mahu menggoncang dunia..
Tunjuk lagak hanya untuk pastikan dia akur tanpa suara...
Dia mengangguk diam dan ikut semata...
Katanya dia tetap cinta...
Katanya dia tetap suka..
Sebab awak nyatakan itu semua tanda awak tidak hipokrit atau berpura..
Awak jadi diri sendiri tapi serupa apa...
Apa manusia tiada harga??

Awak..
Hanya sebab dia tiada sesiapa,awak pandang sebelah mata?
Awak kata awak sibuk demi masa hadapan dengan dia...
Awak kononnya mahu dia memahami awak andai bersama demi bahagia...
Tapi awak gunakan itu sebagai alasan untuk lari dari dia..
Dengan kenyataan bahawa dia tidak boleh berfikiran terbuka..
Dan asyik berburuk sangka..
Ah awak..hebatkah sangat diri awak sebagai manusia?

Awak..
Kenapa perlu cepat terasa?
Tidak bolehkah awak buka hati dan anggap itu gurauan sahaja?
Dia sebenarnya mahu bermanja...
Mahu tarik perhatian agar awak temankan dia..
Tapi awak anggap sebaliknya...
Awak membentak dan mahu rahsia segala...
Mana janji awak pada dia mahu berkongsi rasa?
Hanya disebabkan dia penat dan tidak faham cerita?
Awak buang dia bagaikan tidak berharga..
Jadi mana kebaikan sebelum ini yang dia mendengar setia?
Hilang dan sirna?

Awak..
Kisah semua orang tidak serupa...
Terpulang pada awak dan dia...
Bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam mencari bahagia..
Moga jalan yang dirancang penuh gembira..
Moga tercapai apa yang awak dan dia mahu bina..
Amin...




This cute face plus menjeng lil boy , always playing inside my mind never stop thinking of him even for 1 sec.. How i wish you're infront of me right now.. Hope that we will meet pretty soon , it's have been more then a month i didnt see your smile , hear your voice .. Only God knows how much i miss you .. I really promise that we will take you for a walk soon like how we use to do always:)
I always love & miss you Botak♥

No comments:

Post a Comment